Sunday, February 21, 2010

.: Bukan Salah Aku :.

Berita Harian hari ni ada melaporkan satu kemalangan maut melibatkan seorang pemandu yg terjatuh ke dalam Sungai Gombak semalam.

Aku teringat kejadian-kejadian yang menimpa aku selama ni. Selama aku hidup 21 tahun, dah 6 kali aku eksiden..!!! Yaaa 6 kali..!!! Sampaikan mak aku dah tak terkejut kalau aku habaq kat dia aku eksiden. Uwuu..

Bukan aku minta jadi semua tu tp dah benda nak jadi so aku nak elak macam mana lagi. Aku ingat lagi 1st time aku eksiden motor. Masa tu aku baru ja belajaq bawak motor dan aku ikut Paksu aku pi dusun dia kat kaki Gunung Jerai. Bajet macam dah cekap la padahal baru ja belajaq bawak motor 2 jam yg lalu.

Aku minta kunci motor kat Paksu, katanya nak pi ronda-ronda sat. Entah macam mana aku terkejut sebab terlanggaq batu kecik kat atas jalan tu, truih pulas minyak then menjunam masuk dalam reba pokok rotan! Adeeehh..!! Pokok tu dah la berduri, habis bercalaq muka aku. Masa tu muka pulak muka makin nak hensem truih jadi tak hensem sebab luka calaq banyak. Uwuu.. Pedih siol luka calaq kat muka..!!

Tu cerita 1st time aku jatuh motor. Seingat aku masa aku tingkatan 3 kot, kali kedua aku jatuh motor. Masa tu aku curi-curi keluaq dengan motor, dah lewat petang dah tp gagah gak nak keluaq so mendapat la aku. Masa tu aku eksiden dengan kawan aku.

Kali ketiga aku jatuh motor sebab terlanggaq tok imam kat taman aku..!! Tau takpa..!! Punya la buaih naik moto sampai langgaq tok imam..!! Malu ni tak tau nak habaq laa..!! Nasib baik tok imam tu just luka dan bengkak sikit ja kat kaki dia kalau tak aku pun tak tau la jadi macam mana.

Masa bulan puasa tahun 2006, hari tu puasa ke-5 kalau tak salah aku. Kat masjid tengah azan Isyak tp aku dah terbaring atas jalan, sebab berlanggaq dengan kereta. Dah la jadi depan pintu pagaq masjid. Malu beb..!! Jemaah yang baru sampai nak pi terawih tak jadi masuk masjid sebab pulun nak mai tengok aku duk terbaring atas jalan. Uwuu.. Salahnya kereta tu la sebab dia masuk masjid tp tak bagi signal pastu boleh duk buat alasan cakap tak nampak aku la, aku bawak motor laju la. Hangin ja aku masa tu tp tak boleh nak wat apa-apa sebab aku cedera agak teruk. Paling aku sedih, aku eksiden ngan Siput kesayangan aku..!! Huwaaaa..!!! Masa tu aku baru ja beli tak sampai seminggu, dah eksiden..!! Nasib nasib... Huurrrmm...

Tahun 2009 mencatakan sejarah yang mendalam dalam hidup aku sebab dalam masa 3 bulan, 2 kali aku jatuh motor..!! Masa cuti sem bulan Jun, paling teruk aku eksiden sebab luka besaq dan dalam. Kat kaki dan bahu aku..!! Pedih siol masa nak cuci luka tu..!! Rasa macam nak putuih nyawa ooo..!! Time tu la baru nak ingat kat umi dengan abah..!! Padan muka aku tp bukan salah aku pun. Sekali lagi aku eksiden sebab kereta masuk simpang tak bagi signal..!! Bodow punya makcik..!! Dia yg salah dia tuduh aku lak yg pi langgaq belakang kereta dia..!! Rasa macam nak hentak ja pala dia ngan helmet aku. Nasib bek kawan aku tolong sabaq kalau tak, dah berlekuk dah pala makcik tu..!!

Bulan 9 aku eksiden sekali lagi. Masa tu aku dalam perjalanan nak balik rumah, baru habis jawab exam. Hujan lebat pastu helmet aku pulak tadak visor so aku cover dengan tangan ja la. Aku angkat ja tangan sedaq-sedaq dah jatuh tergolek dan terseret atas jalan..!! Terkejut beb..!! Nasib baik laa jalan tu licin kalau tak lagi teruk luka aku dapat. Kalau ampa berpeluang tengok badan aku ni, tak sangga banyak parut duk ada, hasil dari kejadian-kejadian yang menimpa aku..!! Aku boleh cerita satu persatu macam mana parut tu boleh ada tang tu..!!

So kepada penunggang-penunggang yang baru belajaq bawak motor, aku nasihatkn ampa jangan la duk bajet cekap bawak moto. Takut satgi sejarah aku berulang kat ampa pulak..!!


>_<

psstt: naik motor tadak seat belt naa..!! tolong ingat benda tu yea..!!!

2 comments:

fitri oh fitri said...

alasan shj.



http://fitridzulkifli.blogspot.com

cikwanik said...

ala.. g pon mn ade org bawak moto x pena jatuh

ade ke?

gile berhemah klu ade