Sunday, March 7, 2010

.: Semangat Kekal Selamanya :.

Semalam aku pi Shah Alam, untuk menonton perlawanan Liga Super antara Selangor vs Kedah. Aku dengan lagi 6 orang kawan aku bertolak dari Bangi pukul 6 petang. Belum sampai Shah Alam lagi kami semua dah basah lencun!
Hujan yang teramat-amatlah lebat. Masa tu kami baru sampai kat Subang tapi sedikit pun tak patahkan semangat kami semua untuk memberi sokongan kepada Kenari.

Dalam pukul 7 lebih kami selamat sampai di Shah Alam.
Masa kami sampai tu, kelihatan agak ramai penyokong kedua-dua pasukan telah membanjri stadium. Kami lepak sat kat Petronas depan stadium tu. Dalam pukul 8 kami masuk stadium.

Pertama kali aku masuk Stadium Shah Alam. Agak kagum dengan keadaan stadium tu sebab mampu memuatkan seramai 80000 orang pada satu-satu masa. Ramai tu! Kalau nak dibandingkan dengan Stadium Darul Aman, memang jauh beza la sebab Stadium Darul Aman hanya mampu menampung seramai 35000 orang sahaja.


Die hard fans The Cannary!

Penyokong semakin ramai memenuhi ruang stadium. Kick-off time makin dekat, makin padat ruangan penonton. Yang aku hairannya, aku dapat jumpa ramai kawan-kawan sekolah aku semalam! Rasa macam pi tengok kat Aloq Setaq la pulak! Pastu baru aku sedaq yang kawan-kawan aku banyak sambung belajaq kat Shah Alam.

Penyokong setia!

Kebanyakkan depa sambung kat UiTM Shah Alam. So memang ramai la kawan-kawan aku yang pi tengok semalam.

Tepat pukul 8.45, kalau tak silap aku, wisel ditiup. Kedua-dua pasukan penyokong bersorak memberikan sokongan untuk pasukan masing-masing. Pasukan Kedah dikuatkan dengan jentera penyokong terdiri dari HijauKuning.Com Lembah Kelang @ HKC LK. Depa niy banyak memainkan peranan untuk perlawanan semalam.
Depa bekerja keras untuk menarik ramai penyokong Kedah membanjiri stadium Shah Alam semalam. Dalam FB, depa ada menyatakan penyokong-penyokong Kedah akan masuk ikut pintu F, G, dan H.

Perlawanan berlangsung sengit dengan serangan bertali arus dari kedua-dua pasukan. Minit ke-12, penjaga gol kedah, Helmi Eliza Elias @ Mie Yeh, dikasari pemain Selangor. Penyokong Kedah mula panas pungkoq sebab marah dengan kekasaran yang dilakukan oleh pemain Selangor. Kemudian perlawanan kembali sengit.


Red Giant vs The Cannary!

Minit ke-12. Penyokong Kedah terdiam bila gol pertama Selangor dijaringkan! Aku tersentak dengan jaringan tu sebab aku memang mengharapkan Kedah akan menjaringkan gol awal. Gol awal perlawanan amat penting untuk mengekalkan semangat pemain. Tapi aku meyakinkan diri sendiri, yang Kedah akan
kembali bangkit untuk melakukan serangan balas.

Minit ke-27 sekali lagi membuatkan penyokong-penyokong Kedah terdiam dari bersorak! Gol kedua dijaringkan! Arrgghh! Aku menjadi tak tentu hala. Rasa marah sangat dengan pasukan Kedah sebab permainan tak kemas!

Perlawanan dihentikan kerana tamat separuh masa pertama. Aku menjadi terdiam kerana tak boleh terima yang Kedah ketinggalan 2 gol dibelakang Selangor. Tapi aku masih memujuk hati sendiri yang Kedah akan kembali menjaringkan gol pada separug masa kedua nanti.

Pemain-pemain kedua-dua pasukan kembali masuk padang dan perlawanan separuh masa kedua dimulakan. Kedah melakukan serangan balas bertali arus dan penyokong Kedah berasa yakin. Sorakan kembali meriah bila melihat pasukan Kedah melakukan serangan.

Minit ke-61. Dalam hati aku mengatakan pasukan Kedah tak mungkin menang malam ni sebab gol ketiga Selangor dijaringkan! Hati aku terasa macam ada pisau yang menores! Sedih sangat! Sorakan penyokong Kedah mulai perlahan. Ada dikalangan penyokong Kedah dah balik. Bukan diri aku untuk balik awal. Tak pernah aku balik awal kalau aku pi tengok bola. Biaq la Kedah kena belasah 10gol pun tapi aku tetap akan tunggu sampai wisel penamat ditiup!


Sedih beb!


Minit ke-75 menutup terus peluang Kedah untuk menang perlawanan semalam, gol keempat Selangor dijaringkan!

Semalam kenangan pahit dan sejarah hitam tercipta. Aku balik dalam keadaan terkejut sebab Kedah menjadi 'lauk' kepada Selangor. 4-0, satu keputusan yang langsung tak boleh diterima!

Tapi bagi aku, biarlah Kedah kalah, aku terima keputusan tu dengan terbuka. Yang penting aku tetap memberikan sokongan padu kepada Kenari. Siapa tak sedih bila pasukan kesayangan kita tewas dalam perlawanan?

Souvenir from Shah Alam!


Aku puas hati walaupun Kedah kalah sebab aku dapat menonton perlawanan semalam, dapat tengok depa main dengan bersungguh-sungguh cuma nasib ja yang tak menyebelahi Kedah semalam.

Apa-apa pun, Biar Jasa Jadi Kenangan.


>_<

No comments: