Wednesday, April 21, 2010

.: Nilai dan Nikmat :.

Salam 1Malaysia dan Salam untuk semua blogger.

Akhirnya selepas hampir seminggu aku tak update blog, ketemu jua aku dengan semangat untuk meng update blog niy. Hehe

Last weekend aku dapat peluang balik ke Jitra! Memang best sebab dah 2 bulan lebih aku tak balik sana. Rindu sangat sama umi and abah!

Even aku cuma stay 2 malam ja kat rumah tapi nikmat dapat balik tengok umi and abah tu tuhan saja yang taw. Sepatutnya aku kena pi Gatsby Street Fair tu tapi apa la yang nak dibandingkan dengan street fair tu dengan balik jumpa parent. Aku rasa berbaloi aku balik even aku melepas RM50 dari street fair tu.

Dalam masa yang singkat tu, paling aku best skali, aku dapat makan masakan umi! Memang nikmat yang tak terkata! Memang aku rindu sangat nak makan masakan umi. Macam-macam aku makan kat rumah. 24 jam perot aku sentiasa buncit kekenyangan sebab makan ja kerja aku! Haha

Aku dapat tengok riak gembira di wajah umi and abah sebab aku balik. Aku tau umi and abah tak mengharapkan duit dan harta, cukup sekadar aku balik dan melihat depa happy.

Selagi aku masih bernyawa, selagi itu aku akan cuba membahagiakan depa berdua. Aku ambik iktibar dari seorang kawan rapat aku. Kasih sayang dia pada parent dia tak pernah hilang walaupun parent dia dah lama pergi menghadap Illahi. Dari situ aku sedar yang aku patut menghargai depa berdua selagi aku masih bernyawa dan depa masih mampu bergerak.

So kepada blogger-blogger yang dah lama tak balik jumpa parent ampa tu, try la adjust masa dan komitmen untuk balik jumpa depa. Kalau dah busy sangat, call la depa tanya khabar. Jangan sampai bila depa dah tak mampu menjawab salam dari ampa, baru ampa nak rasa sedih. Time tu dah tadak guna dah der!

So chill out and make your life happy as you could!



Chiao!

1 comment:

AyanaAsham said...

ang org kedah rupanya.......