Sunday, January 23, 2011

Seketika jiwaku tersentak.





Jiwaku tersentak! Sangat tersentak dikala pagi hari yang sangat tenang dan dingin. Aku langsung tak kenal dia sebelum niy. Tapi bila aku terbaca wall post dia, hati aku jadi sedih. Tiba-tiba aku menjadi sebak. Butiran kaca-kaca kecil mula menjelma. Sumpah aku tak kenal dengan beliau tapi mengapa aku boleh jadi macam tu sekali? 

Sebenarnya pagi niy hati dan jiwa aku terusik sebab aku ada terbaca wall post seseorang. Beliau telah meninggal dunia 12 Jan, baru-baru niy. Dari apa yang aku baca, arwah meninggal dunia akibat kemalangan moto, awal pagi 12 hb tu. Aku jadi sebak sebab kawan-kawan arwah langsung tidak menyangka perkara sebegitu boleh berlaku. Itulah yang dinamakan ajal. Semuanya ketentuan Illahi. Kita hanya mampu merancang tapi Yang Maha Berkuasa tentukan.

Arwah mungkin terlalu istimewa di mata kawan-kawannya kerana ada sorang kawan dia, kawan rapat agaknya, tu semacam tak boleh terima hakikat. Banyak wall post dari budak tu, cakap macam arwah masih hidup padahal arwah sudah tiada. Aku juga berkawan dan aku juga menjadi sahabat kepada kawan-kawan aku, pasti akan rasa macam tu kalau malam semalam aku lepak dengan arwah, gelak sama-sama, bersembang macam-macam hal, tiba-tiba esok paginya aku dapat call, sahabat baik aku dah meningggal. Boleh jadi gila kalau macam tu sebab terkejut tahap yang melampau. Macam tu la yang jadi kat kawan arwah tu. Kesian aku tengok dia. 

Kawan dia tu cakap, kawan-kawan arwah yang lain semua sedih sangat sebab sebelum niy arwah banyak bagi nasihat kat geng-geng dia. Tapi apakan daya, Allah sayangkan arwah. Al-Fatihah.

Bro, walaupun aku tak pernah kenal hang. Walaupun aku langsung tak pernah jumpa hang tapi seketika aku baca pasal hang, aku juga terasa sedih. Aku doakan darjat hang diangkat disisi Allah SWT. Semoga hang ditempatkan dikalangan para mujahiddin, pejuang-pejuang Allah, rasul-rasul dan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

(10.10.87-12.01.11)

2 comments:

Fariehan Ibrahim said...

innalillah, al-fatihah,
moga arwah ditmpt ditmpt yg soleh. aminnn.

yolanda diego said...

al-fatihah~