Wednesday, January 19, 2011

Sesi bermain bom asap.

Yeah yeah! Misi untuk membuat bom asap akan dilaksanakan pada petang ini dan akan digunakan untuk setiap perlawanan bola sepak pasukan Kedah di SDA nanti dengan bermulanya liga M pada 29hb Januari nanti..

Untuk mereka yang tak tahu apa itu bom asap dan mengapa digunakan ketika perlawanan bola sepak. Mai sini dekat-dekat sikit. Yang dekat tu mai bagi rapat lagi.

Kepada penyokong tegar bola sepak tempatan pasti merasai kebangkitan dan pembaharuan cara sokongan dari penyokong-penyokong setiap negeri. Bermulanya episod baru yang dicetuskan oleh UM atau Ultras Malaya diikuti oleh Ultras Kedah (UK), Ultrasel, Silver State Ultras, Southern Troop Ultras, The Red Warriorr, dan Ultras Tranung. Mereka ini semua memegang kepada 1 prinsip, sokongan tiada berbelah bagi untuk pasukan tersayang.

Setiap ultras ada identiti masing-masing, mewakili diri mereka. Kegunaan bom asap dan flare adalah untuk menampakkan lagi betapa padunya semangat mereka terhadap pasukan dan menyemarakkan lagi semangat pemain yang berjuang di tengah padang. 

 
Bom asap.

Maka dengan itu tidak hairanlah mengapa penyokong atau ultras digelar 'Pemain ke-12' kerana 11 pemain di tengah padang dan penyokong adalah pemain yang ke-12. Pemain ke-12 memainkan peranan yang sangat penting. Mereka juga berpegang kepada ideologi sepanjang 90 minit perlawanan tidak akan berhenti menyanyi dan duduk! Hati mau keras beb!

'Home made' bom asap.
Flare @ suar.

Eropah, Amerika Selatan, malah Indonesia sendiri dah exposed benda niy sejak sekian lama. Memang superb kalau ultras mereka beraksi. Siap dengan bom asapnya, flare, choreo, tifo, gendang, variasi lagu yang mantap dan macam-macam lagi aksi yang memang kagum nak mati la kalau tengok. Esok barang-barang nak buat bom asap baru nak pi beli. Home made sudah. Baru la independent beb! Hati dah keras dah. Harap-harap nak buat bom asap esok berjaya dan kalau berjaya, Ultras Kedah akan menjadi ultras paling mantap di Tanah Melayu. Kat sini aku jamu sikit dengan hidangan gambar-gambar apabila bom asap dan flare menunjukkan taringnya.


European ultras in action!

Southern europe ultras.

Ultras Malaya in action.

Tanah tumpahnya darahku.

Final Piala AFF Suzuki 2010


3 comments:

n3scaf3_ais said...

aku memang respek ultras malaya ni..mase piala suzuki mmg gempak r..kebaboommmm..

enyheartsdiamond said...

engat jack nak ajak eny main bom :)

fariehan ibrahim said...

lol, best nie kalu wat pesta,
ngn perot mak aku berasap skali jap ag. hueh3x ;PP