Wednesday, February 23, 2011

Nasib baik tak putuih.


Macam mana nak mulakan bicara pun taktau. Apa yang pasti Jumaat lepas memang perasaan + hati + jiwa + jantung + buah pinggang semuanya sentap! Belum pernah lagi aku rasa sebegitu rupa sentapnya. Isk. Itulah penangan anugerah ALLAH kepada hambanya iaitu cinta dan kasih sayang. 

Nak dijadikan cerita. Isk. Nak dijadikan hapa, dah memang jadi dah pun! Hari Jumaat yang tenang lepas, aku pi main futsal dengan saudara-saudara se-Ultras aku la kat WNS. Punya la seronok main. Memang have fun gila vavi la time tu. 

Bila balik rumah macam biasa la. Tukaq baju, basuh badan, on lappy then terus atas talian. Untuk setengah jam yang pertama mood aku ok lagi la. Kemudian mata aku yang dah nak terlelap ni terpandang seseorang tukaq gambaq profile dia yang baru. Aku pun bukak la tengok.

Nahhaaaiii!!! Ajaq muka hang Kamil! Bukan gambaq ja aku boleh tengok tapi benda lain pun aku boleh tengok jugak! Benda yang merentap perasaan dan jiwa aku untuk beberapa hari jugak la. 

Apa yang aku nampak, seseorang yang pernah aku tersangat sayang + gila + sanjung + angau + cinta suatu masa dulu, dah declare relationship dia dengan seseorang yang aku jugak kenai.

Dah la kenai, rumah plak dekat. Eee. Teman ghase macam nak bakor je. Kalu Usop ada mesti dia ajak. Kiter bakor kiter bakor. 


Dalam hati ni, ALLAH saja yang tau betapa remuk + hancur + berkecai + bertaboq atas jalan hati ni. Isskk. Awat taktau? 


Tapi takpa la. Mungkin beliau lagi serasi dengan orang tersebut. Sekarang ni terpaksa la aku lepaskan dia sedikit demi sedikit. Kalu aku tak buat macam tu, aku jugak yang akan merana. Iskk. Ayat jiwang lagi. Haih. 


Apa-apa pun dengarkan Kenari.FM. Dari penyokong untuk penyokong.


p/s: nasib jiwa tersentap tak putuih. kalu tak, confirm-confirm dah masuk wad sakit jiwa.

No comments: