Tuesday, March 2, 2010

.: Lelaki Juga Nak Cantik :.

Jangan salah faham dengan tajuk entry aku kali ni!

Banyak persepsi bila sebut mengenai hal ni. Ada yang mengangggap lelaki cantik ni tak sepatutnya ada, maksud aku golongan ni dipandang serong. Memang betoi ada segelintir lelaki macam ni terpesong tp itu cuma segelintir, b
ak kata pepatah 'akibat kopi setitik habis hitam susu secerek'! Betoi kan?? Hehe

Lelaki cantik! Yea sekarang ni semakin ramai lelaki yang mementingkan kebersihan diri, tak kira la dari segi luaran atau dalaman. Ada yang memanggil golongan ini Lelaki Metroseksual. Tidak hairan la sekarang ni kalau ternampak lelaki masuk spa untuk buat rawatan muka sebab sememangnya menjadi tuntutan untuk menjaga kebersihan diri. Am I right? Hehe

Aku pun macam tu juga, tapi sekadar untuk kepuasan diri sahaja bukan sampai tahap pi spa buat facial bagai! Memang betul apa yang dikatakan tahap kebersihan berkait rapat dengan keyakinan diri sebab kita akan berasa yakin untuk berhadapan dengan orang jika badan kita bersih.



Benda yang paling penting untuk aku.

Ada sesetengah lelaki tak kisah jika masa mandi sekadar sabun badan dan gosok gigi saja tapi aku tidak macam tu. Perangai aku sama ja macam umi aku. Even tadak ayaq untuk mandi sekalipun, aku akan usaha gak untuk aku lepas gosok gigi dan cuci muka. Biaq la badan berbau sikit aku tak kisah sebab keadaan darurat kan tapi sorry beb! Aku tak boleh duk kalau bangun pagi tak gosok gigi dengan cuci muka! That's why muka I clean gitu!




Set perfume aku!

Standard la kan, perkara biasa lelaki dengan perfume ni. Bagi aku perfume agak penting untuk aku sebab badan aku ni jenis cepat berpeluh. Nak kata aku ni hyperhydrosis tak jugak tp badan aku kuat berpeluh. Bila tengah hari tu kalau tak basah ketiak memang tak sah la! Uwuu kantoi!




Tudiiiaa!

Mengalahkan perempuan lak aku ni kan? Hehe. Biasala beb, gua jaga diri maa! So sekali lagi aku nak cakap, jangan terkejut kalau ada ternampak lelaki masuk spa buat full facial treatment! Kalau nak ikutkan hati, aku pun nak jugak buat semua tu tapi memandangkn poket asyik kempis ja so terpaksa la batalkn dulu niat murni dan suci tu dulu.

So for guys out there, stay clean and clear all the time yea! Baru la marka ampa bertambah sayang kat ampa!




>_<





4 comments:

[z@ck] said...

pergh..kalah aku..isk
T_T

AyanaAsham said...

uih.....aku pun klh kot...aku gune fair&lovely je kot....hahahahaha

ijad said...

entry yang menarik...

joegrimjow said...

bukan saja cantik
malahan nak wangi juge