Wednesday, April 14, 2010

.: Salahkah Aku :.

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takdak siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Kenapa abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Business man yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru je nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Dia labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi AZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!



psstt: aku lelaki maskulin naa...sekadar untuk hiburan semata-mata! hehe 

7 comments:

Roxy zai said...

laaaa..awk ni laki ke?
kalo awk laki,xpyh laa pakai tudung..
sedangkan berlambak pompuan yg mmg islam pun xpakai tudung..
yg awk plak nk sgt pakai tudung..
nnti kalo awk pkai tudung,awk bleh menimbulkan kekeliruan kpd masyarakat n itu pun berdosa ohhh..=)

fikir2 laa coz sy percaya anda sudah matang;)

farina said...

uih..pesal nak pakai tudung kalo anda ni lelaki..ta paham sgoh.. terbalik sudahkah dunia sekarang..emm

[z@ck] said...

ahahaha..
ada jugak yang nk kena baling selipar pagi2 buta ni..

=P

Nurul Zaty said...

haha..
bongek nye cita..
dh pnah baca cita ni kat virtualfriennd..haha
curi2..hee

farysa said...

cissss
freee je terkene pg2 ni
mmg sengal
;p

Uda said...

setakat ni.. tak pernah jumpa auw auww yg pakai tudung.. kalau boleh nak tayang semua..

|| NaFiRaa || said...

hak hak hak hak!!! terkena ai...:))