Sunday, July 11, 2010

.: Luahan Hati Pencinta Bola Sepak Tempatan :.

Bola sepak atau dikenali dengan permainan seluruh dunia adalah kegilaan setiap manusia di muka bumi ini. Memiliki segenap peminat dari serata dunia tidak kira bangsa dan negara. Fenomena yang sering kali berlangsung setiap 4 tahun sekali adalah temasya yang paling agung dalam arena bola sepak dunia, iaitu Kejohanan Piala Dunia yang mana sekarang ini berlangsung di bumi Afrika Selatan dan malam ini adalah kemuncak untuk seluruh peminat sukan ini, perlawanan akhir antara Belanda menentang Sepanyol.

Tidak terkecuali bumi Malaysia yang terkena tempias kegilaan bola sepak sejak sekian lamanya. Dahulunya Malaysia digeruni oleh negara rantau Asia ketika Allahyarham Mokhtar Dahari dan rakan-rakan seperjuangannya yang lain beraksi untuk negara. Boleh dikatakan Malaysia merupakan kuasa besar dalam arena bola sepak di seluruh rantau asia. Namun itu semua hanya tinggal dalam lipatan sejarah negara kita. Selepas lebih 30 tahun kejayaan Malaysia melayakkan diri ke sukan Olimpik di Moscow, kejayaan demi kejayaan Malaysia sukar diperolehi.

Pelbagai cara dan kemudahan disediakan untuk pembangunan bola sepak negara dilaksanakan namun itu semua usaha yang boleh dikatakan sia-sia dan membazir. Segala perancangan dan persediaan dipatahkan oleh GEJALA BIROKRASI dan sikap pemimpin dalam pertubuhan yang bertanggungjawab, FAM. Politik bukan untuk sukan! Itu yang terjadi apabila ahli politik terlibat dalam kancah sukan negara! Mereka hanya mementingkan sokongan dan undi dari rakyat tanpa memikirkan nasib pasukan negara dan keadaan liga tempatan! Malah ada pasukan dalam liga tempatan yang di anaktirikan oleh FAM!

Fan pages Presiden FAM Sila Letak Jawatan!!!!



Pemimpin silih berganti namun agenda dalam FAM tetap sama. Bukan hendak menaikkan keupayaan pasukan liga tempatan tetapi menjahanamkan segala keringat mereka. Sebagai seorang yang sangat-sangat cintakan liga tempatan, kami semua merayu dan merayu dan terus merayu supaya sukan jangan ada kaitan langsung dengan politik! Kami mahukan rombakan dalam FAM kerana kami semua sudah bosan dengan karenah FAM! Sudah banyak tindakan FAM terang-terangan membuktikan bahawa mereka tidak mampu mengendalikan liga tempatan dan tida kmampu menaikkan taraf pasukan negara! Rakyat sendiri nampak tiada pembaharuan dalam liga tempatan. Yang ada cuma tindakan yang diambil demi kepentingan individu-individu dalam FAM kalau bukan presiden itu sendiri.

Segala tindakan dan keputusan oleh FAM perlu mendapat mohon perkenan dari presiden! Apa itu semua? Adakah itu yang dikatakan keputusan yang bijak? Bagaimana keputusan yang dibuat itu hanyalah untuk kepuasaan hati presiden itu sendiri? Bagaimana nasib pasukan yang bertungkus lumus untuk berjaya tetapi dinafikan nasib mereka? Pelbagai isu yang timbul dari perkara ini tetapi FAM hanya memekakkan telinga dan memejamkan mata! Dari pembangunan bola sepak peringkat sekolah hinggalah pasukan negara! Semuanya perlu diikut berdasarkan apa yang dititah oleh presiden bukan berdasarkan keputusan realiti!

Seluruh rakyat Malaysia merayu kepada FAM supaya merombak pentadbiran dan pengurusan dari akar umbi hinggalah ke pucuk pimpinan! Semuanya harus di atur semula! Kami mahukan pembaharuan dalam arena sukan negara bukan ahli politk yang hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu langsung selok belok sukan! Sukan hanya layak ditadbir oleh orang sukan, bukan ahli politik!

No comments: