Tuesday, November 2, 2010

.: Lepak Sebentar Menikmati Roti Special :.


Assalamualaikum bloggers sekalian.

Kalau aku sebut nama coach niy, maybe bloggers yang mengikuti perkembangan semasa bola sepak tempatan semestinya kenai!

Beliau adalah coach Azraai Khor Abdullah. Coach yang paling disegani dalam arena bola sepak tempatan!

Hari tu aku berkesempatan untuk duduk semeja dengan beliau dan lepak makan roti special kat Jalan TAR KL. Sumpah sedap beb roti tu! 

Tu dia! Tu dia! Roti special!

Pada mulanya aku tak dak niat pun nak ajak coach join sekali dengan kami sebab aku ingatkan dia ada kat Aloq Setaq. Tapi ada member aku cakap masa tu coach ada kat Kelana Jaya sebab beliau menghadiri Sesi Percambahan Minda FAM. Lepas dah setuju, malam tu aku dan si dia pi ambik coach kat Kelana Jaya kemudian kami teruih pi kat kedai roti special tu. Kawan-kawan aku yang lain semua dah tunggu kami sampai.

Kawan-kawan aku yang ada malam tu bersama coach adalah barisan admin page Penyokong Setia Anak Rantau KEDAH dalam FB.

Masa duk lepak dengan coach, beliau banyak menceritakan suasana sebenaq bola sepak tempatan. Kemudian beliau cerita pengalaman masa jadi coach untuk pasukan Harimau Muda yang bermain di Slovakia.

Banyak info-info yang kami semua dapat dan yang paling best, coach memang sempoi habis la. Beliau tak kisah duk lepak dengan kami kat kedai mamak. Nampak dari riak wajah dia yang dia senang hati dengan kami semua. Beliau ada pesan, antara coach dengan peminat dan penyokong kena ada 'connection' yang bagus. Baru la peminat dapat tau apa yang sebenaqnya jadi dalam pasukan.

Kiranya malam tu semua yang join lepak memang excited dan seronok. Aku pun suka sebab dapat makan roti special! Hahaha

Until next post!

Chiao!

No comments: