Thursday, January 13, 2011

Dasar Drakula kahwin dengan Vampire sambil membela kelawar.

Begitulah yang keadaan yang boleh di ibaratkan keadaan hidup aku sekarang ini. Bukan bertukar wajah menjadi Drakula. Bukan jua aku membela kelawar sebagai haiwan peliharaan. Tetapi keadaan atau sifat tiga benda tu yang sama dengan aku. Hidup bila malam menjelma. Tidur bila siang menyinari alam. Haha.

Aku pun tak pasti la apa sebab utama aku jadi macam niy. Steiap malam aku akan meluangkan masa melayan karenah kawan-kawan yang tersayang sampai pukul 3 4 pagi kemudian aku akan online sampai subuh. Selepas subuh tu tak tidoq lagi sebab sekarang ini aku kena tunggu adik aku pi sekolah dulu. Nak tak nak sampai pukul 11 jugak la aku kena tunggu dia naik van pi sekolah.

Tapi kan kalau aku tak keluaq rumah pun, sama jugak macam aku keluaq rumah. Duk online sampai bengkak mata sambil duk dengar siaran Kenari.fm - Dari penyokong untuk penyokong. Syok wei! Siaran radio online yang dikendalikan oleh penyokong sendiri untuk penyokong. Sekarang niy radio tu la punca aku tak tidoq malam. Dan2 ja nak salahkan orang lain! Hish.

 Haram 1 kerja apa pun tak jalan. Selalu kena bising dengan umi. Sekarang ini pun dah banyak kerja aku tertangguh. Antaranya, pos surat ke mentor aku, adjust siling rumah, bayar duit baju. Semuanya sebab tidoq punya pasai. Heran.

Harap-harap semua ini akan berakhir dengan selamat.

Until next post, chiao!





2 comments:

AyanaAsham said...

adjust siling umah.ade bakat upenya!heh

[z@ck] said...

tersirat gila title entry.hahahaha