Thursday, January 13, 2011

La la la. Kerja kerja. La la la

Nampak gayanya, aku kena cari kerja cepat-cepat sebab semester ni aku tangguh lagi. Tapi masalahnya aku sendiri tak tau kerja macam mana yang available dan mampu aku buat sebab keadaan tangan aku niy bukannya elok sangat untuk buat kerja-kerja berat. Umi dah bising dah. Dia kata kalau nak tangguh takkan nak duk rumah saja ja. Pi la cari kerja, ada gak duit untuk belanja.

Dah banyak kali dah aku duk search dalam internet tapi masih belum ketemu juga kerja yang sesuai dengan keadaan aku. Bukan nak memilih tapi aku sedaq diri, sekarang ini aku dah tak mampu sangat untuk buat kerja berat-berat macam dulu lagi.

Semester ni aku tangguh sebab ada beberapa masalah yang memang tak dapat nak elak. Datang dengan tetiba. Hanya kuatkan hati saja untuk menerimanya.

Untuk blogger semua, jangan sampai anda tersilap langkah.

Chiao.

3 comments:

yastro said...

Yup...teruskan usaha,insyaallah ada rezeki tu nanti.

shazmonaz said...

salam persinggahan dari rakan blogger baru.. terima kasih singgah diblog saya.. marilah join terus as a google follower.. thanks

http://shamonaz.blogspot.com/2011/01/malas-kerja-kena-kerja.html

Cik NurulZaty said...

:)

slamat cari keja..

hehe. keja kt blog sudah la..hee