Thursday, February 3, 2011

Apa itu ultra?

Ultras tidak mempunyai nama atau tidak akan tahu seseorang itu Ultras, hanya kawan seperjuangan sepertinya akan mengenali seseorang Ultra. Ultras tidak menunjukan wajah, hanya hood menutupi kepala, scarf menutupi mulutnya. Ultras tidak akan berpakaian seperti org lain atau mengikut trend masa kini. Ultras tidak bangga dengan logonya walaupon kumpulannya dikenali. Seorang ultra akan menyerang jika diserang dan akan membantu bila diperlukan. Ultras x akan berhenti menjadi ultra 7 hari seminggu dan sentiasa berjuang.

Ultras yg mempunyai pengalaman akan menjadi contoh kepada pemuda. Pemuda ultras perlu menghormati ultras yg lebih tua. Pemuda ultras atau orang baru ultras perlu bangga ketika berada bersama seorang ultras yg berpengalaman. Mereka perlu belajar dari kritikan yg diberi oleh seorang ultras yg berpengalaman dan mereka akan rasa rendah diri dan perlu mengalah kepada seorang ultras yg lebih tua apabila bersalaman dgn mereka. Seseorang yg normal tidak akan nampak apa itu ultras dan tidak akan memahami ultras. Penjelasan kepada seorang yg normal tentang ultras perlu jika ia ingin tahu agar ia akan menjadi seorang ultra yg betul.

Seorang Ultra tidak akan sesekali menyokong dan membantu utk kumpulan kelab yg lain. Ultras akan membenci atau anti dengan kelab yg bukan dari sokongan mereka jika kelab itu atau kumpulan ultras itu sentiasa memprovokasi kumpulan ultras mereka.

Setiap ultra berbeza: ada yang mengikut warna kelab yang mereka sokong dan logo mereka utk mereka menarik kumpulan mereka utk bersama-sama mereka. Ada yg tidak pernah memikirkan hal hidup mereka. Ada yg musafir bersama kelompok mereka. Yang individu bergerak bersendirian akan pergi ke kumpulan yg beliau patot sokong seperti kelab yg beliau ingin perjuangkan. Dan ada yg bergerak di dalam kumpulan dengan menamakan kumpulan mereka.

Ultras memang berbeza, tetapi apa yg menyatukan mereka adalah cinta mereka terhadap kelab mereka. Kegigihan mereka berdiri 90 minit walaupun hujan atau sejuk dan dalam panas mereka disatukan oleh nyanyian yang penuh semangat. Selain itu, mereka akan membantu rakan mereka jika ada perlawanan yg jauh , tidur bersama, berkongsi rokok, disatukan dengan sekeping sandwich dan kongsi bersama yg lain, disatukan melalui konvoi disekitar bandar, disatukan dengan satu mentality, disatukan dengan satu penglihatan dan disatukan dengan semangat yg sama pada diri mereka.

Sanggup tinggalkan keluarga buat sementara waktu. Tidak suka dengan publisit dari media cetak dan media elektronik. Lebih suka bergerak dengan cara yang tersendiri.


petikan dari Wan Warga.

1 comment:

amir aizat said...

ultra?ultras?
siapa die