Thursday, March 3, 2011

Astro Arena. Nadi Sukan Malaysia. Special assignment.

Assalamualaikum..

Maaf la lambat sikit update blog. Hehe.

Ramai yang duk tanya aku pasal kejadian baru-baru ni. Pasal aku jadi reporter @ interviewer untuk Astro Arena. Lambat sebab duk tunggu gambaq dari abang Izo yang hensem. Thanks for him.

Kisahnya bermula macam ni. Masa hari tu, Kenari.FM ada buat siaran luaq. Lansung dari stadium. Aku sebagai DJ bertugas kena uruskan sesi temu ramah ketua jurulatih Kedah, Hj. Ahmad Yusof dan beberapa orang player yang lain, Fauzi Shaari, Baddrol Bakhtiar dan Wan Asyraff. Benda ni kami semua dah plan lama dah cuma duk tunggu masa yang sesuai ja nak buat.

Sesi temuramah Kenari.FM bersama coach Hj. Ahmad Yusof.
Hari tu pulak Kedah vs Kelantan, saudara-saudara TRW.FM dan The Red Mania ( TRM ) pun ada mai SDA. So sempat la berkolaberasi bersama DJ Big E dan DJ Zack. Memang best la.

Macam mana aku buleh jadi interviewer Astro Arena? Masa pagi aku baru ja sampai SDA, belum sempat aku siapkan barang. Kawan-kawan yang lain ada yang dah sampai awai lagi dari aku. Lepas tu ada seorang kawan aku mai dekat dengan aku. Dia cakap Astro duk cari reporter untuk malam ni. Aku ingatkan benda main-main ja la so aku malas nak ambik port. Lepas tu produser @ director Astro mai, dia tanya kat kawan-kawan aku siapa yang boleh ambik tugas tu. Depa semua tunjuk kat aku. Haa sudah! Takkan betoi kot?

Bila difikirkan balik, ada bagusnya jugak benda ni. Boleh tambah pengalaman aku sendiri. So aku pun setuju. Pengarah lokasi, Encik Razlin, cakap kat aku, pukul 6.30 petang kena bersedia. Semua sekali ada 3 sesi, sebelum perlawanan, masa rehat dan lepas perlawanan. Aku pun ok ja la. Hehe. Tengah hari tu jugak aku balik ambik baju sebab pengarah tu cakap, kena pakai baju yang kemas.
Siaran luar Kenari.FM
Lepas tu aku go on ja la dengan program Kenari.FM. Memang hari tu tersangat best! Serius sembang! Pengalaman yang tersangat indah. Aku dapat temu ramah, bertanyakan soalan kepada ketua jurulatih Kedah. Rating Kenari.FM hari tu paling ramai, 65 orang. Selalunya average listeners dalam 15-20 orang saja. Tapi hari tu memang ramai yang dengaq. Hehe.

Waktu semakin hampir. Sumpah cakap aku semakin nervous. Tak pernah lagi aku buat kerja macam ni. Encik Razlin cakap, sesi petang tu just buat rakaman saja. Tapi rakaman sekali pun, nervous beb! Habis ketaq 1 badan. Haha. Dia pesan kat aku tengok dulu dia buat macam mana kemudian tiru balik. Aku pun ok ja la. Just ikut ja apa yang dia cakap. Untuk rakaman tu, Encik Razlin temuramah jurulatih dan pemain Kedah. Aku pulak kena jurulatih dan pemain Kelantan.Pergh! Apa aku nak tanya? Kalau bagi kat aku jurulatih dan pemain Kedah takpa la jugak, ada la info untuk aku. Ni bagi Kelantan, memang aku tanya ikut dan ja la. Haha. Nasib baik la rakaman tu ok. Lulus!

Abaikan orang yang memegang mic tu. Hehe
Untuk sesi petang tu dah selesai. Sesi yang kedua, masa rehat. Aku kena temu ramah pengurus Kedah dan Kelantan. Masa ni la yang paling aku nervous sekali sebab untuk 2 sesi seterusnya, dibuat secara live. Bukannya rakaman. Kalau aku buat mistake, silap-silap 1 Malaya boleh nampak weh! Fuuhh! Untuk sesi masa rehat, ada 2 kali. Selepas aku temu ramah pengurus kedua-dua pasukan, aku kena temu ramah secara rawak pemain-pemain masa depa duk jalan nak masuk padang balik. 

Sesi kedua, pengurus Kedah. Datuk Khazali Din.
Masa tu, produser pilih Norshahrul Idlan Talaha @ Mat Yo. Aku on ja la. Aku ikut saja apa yang produser nak. Selesai untuk sesi kedua! Lulus lagi! Hehe. Masa petang sebelum mula rakaman tu, Encik Razlin tu pesan kat aku, masa game aku boleh duduk kat mana saja aku suka tapi kenapastikan 5-10 minit sebelum perlawanan habis, aku kena get ready tepi padang.


Sesi kedua. Norshahrul Idlan Talaha.


Malam tu pulak Utras kedah vs The Red Mania. Berbulu ja aku tengok kawan-kawan aku duk chant! Memang performance depa terbaik malam tu. Sangat aku jelos!

The Power of Green Yellow.
Untuk yang terakhir, sesi lepas habis perlawanan. Aku punya nervous dah semakin kurang sebab dah tau macam mana nak buat. Untuk sesi yang last tu, sekali lagi aku kena temu ramah kedua-dua jurulatih, Haji Ahmad Yusof dan Dato' M.Karathu. Dan yang paling best aku dapat temu ramah Pemain Terbaik Perlawanan, Norshahrul Idlan Talaha. Excited beb! Sebelum ni duk tengok dalam tv ja. Malam tu dapat jumpa, siap temu ramah lagi! Wah! Best gitu! Hehe. Selesai untuk malam tu! 1 pengalaman yang paling berharga. Memang aku tak boleh lupakan macam mana nervousnya aku malam tu. Nasib baik mic yang aku pegang tu tak nampak sangat 'keketaran' yang berlaku. Haha. 

Ketua jurulatih Kelantan. Dato' M.Karathu.
Terima kasih untuk 'manager @ PA' aku, abang Hasrul yang banyak tolong aku hari tu. Memang dia sangat membantu aku hari tu. Thanks bro!

Jika ada rezeki lagi untuk aku, setiap perlawanan yang berlansung di SDA, kalau ada siaran langsung dalam tv, kemungkinan aku akan berpeluang lagi jadi reporter @ interviewer Astro Arena. InsyaALLAH.

Until next post, chiao!
 

3 comments:

enyheartsdiamond said...

tehee.. haritu harimau muda vs perak pun eny rasa dyowang buat mcm ney.. tp masa temu bual tu, kamera tak amek gambar penemubual pun..

apa2 pun.. syabas jax!

Encik Siput said...

thanks eny!

[z@ck] said...

cer citer cer citer brapa payment yang hang dapat? hahaha