Thursday, March 17, 2011

Remains forever. Never be replace.

Assalamualaikum...

Dalam masa aku duk berlari-lari dalam blog, sambil-sambil tu aku duk selak balik gambaq-gambaq yang duk ada dalam lappy aku ni. Terjumpa 1 folder gambaq masa aku hidup kat Ipoh dulu. Ipoh mali tarak sombong! Haha. Masa tu aku duk belajaq kat ILP Ipoh. Huhh. Nama ja ILP Ipoh tapi located dekat Jelapang. Isskk. 

Setahun aku hidup kat sana, memang best. Makan murah, kawan-kawan ramai, tempat happening. Bagi aku la. Kalau orang lain, kisah pulak aku. Dang! Macam-macam benda aku dapat pengalaman masa tu. Hampir lemas la, follow race la. Bab over night ni takyah cerita la, setiap minggu kot. Kadang-kadang tu asrama tu dah tak dak function dah. Haha. Habis kerja bengkel pukul 5 pm, pukul 6 semua pakat cacak keluaq dah. 3 4 pagi baru nak balik. Haha.

ILP Ipoh Fabrikasi Logam 2/2007 & 2/2008

Pengalaman hidup kat situ kalau nak cerita aku rasa sinetron pun kalah. Terlalu banyak. Tapi yang paling aku tak boleh lupa sepanjang hidup aku, sejahat-jahat senakal-nakal, sebaik-baik, sekeras-keras kami, kami telah mengharumkan nama Fabrikasi Logam, mencipta sejarah baru ILP Ipoh! Kami menang pertandingan nasyid! 1st prize beb! Gila punya bangga! 

Johan pertandingan nasyid ILP Ipoh 2007
Teraju utama kumpulan nasyid Fabrikasi Logam

 Sumpah tak bohong! Masa tu yang menjadi pilihan utama for sure la budak Elektrik sebab depa ni rakyat ramai. Then depa ni banyak 'star' meaning to say, ramai la yang berkebolehan. Serius sembang, Fabrikasi Logam adalah 1 kursus yang paling sikit dan paling tidak menonjol. Tapi untuk sesi 2/2007 dan 2/2008 dengan bangganya kami adalah tumpuan dan perhatian seluruh tempat tu. Tak kira la yang baik ka buruk ka memang budak-budak Fab jadi tumpuan. Fab tu nama singkatan untuk kursus aku. Haha.

Tapi sayangnya, kami semua bersama tak lama. Cuma setahun. Kemudian masing-masing bawak haluan dan nasib sendiri. Sampai sekarang ni aku masih lagi duk contact dan berjumpa dengan some of the ILP's naughtiest boy. Haha. So life must go on. Aku punya nasib pun sekarang ni masih lagi samar-samar. Belum nampak cahaya keimanan dan kejayaan di hujung jalan. Hahaha. Enjoy some of the photos that remains a lot of the memories can never be replace. 

On the way balik dari Open day UniKL MFI

On the way balik dari Open day UniKL MFI

Nurul Atif. The best welder ever for Metal Fabrication 2/2007

The best room-mate!

4 comments:

cik nur said...

betol tuh memori takkan boleh diganti kalo berganti pun takkan yang sama dengan asalkan ^___^

yanaSham said...

it will always remain ;)

penyisir rambut said...

ILP ipoh??
di manakah lokasi nya??
sy org epoh gak..
heee...

Kampung Komoi said...

weh rindu hampa semua... aku dah xdak no cntck hampa kalau ada yg ingat aku lagi coll la aku wan kulim 0195477721