Wednesday, March 9, 2011

Sumpah kami tak tolak.

Keadaan sebenar di dalam Lab. Haha.

Assalamualaikum. 

1st, bagi aku gelak dulu. Hahahahahahaha. Nak sambung gelak lagi. Hahahahahaha. Nak sambung lagi boleh tak? Argghh, gelak ja la. Hahahahahahaa. Hahahahaha. Sorang-sorang macam tutt ja hari ni. Ni semua akai bila masa terdesak. Semua benda nak buat. Boleh bayang tak kalau orang lain yang takdak kerja keluaq pi jalan-jalan ka, window shopping ka, lepak McD ka tapi kami bertiga takdak kerja pi derma darah? Hahahahaha. Al kisahnya bermula bila tengah hari tadi tiga-tiga orang takdak kerja. Duk jadi batu ladung ja kat rumah. Aku dengan Wan Pak Lah mulakan rencana. Sebelum ni ada orang duk kata pi derma darah kat hospital swasta dapat duit. Tambah plak keadaan ekonomi tiga-tiga ekoq sesak, apa lagi. Mencanak la sorang-sorang tengah hari tadi. 

Masa mula-mula nak tanya tu ketaq gak beb. Buatnya tak betul rumors tu, malu yang dapat. Last-last nekad hati kering jugak la pi tanya kat kaunter depan tu. Haha. Dengan muka selamber member aku pi tanya kat kaunter depan tu. Pastu akak Misi tu cakap kena pi kat bahagian Kecemasan. Kami pun pi la kat bahagian Kecemasan. Misi kat bahagian tu plak kata kena pi test darah dulu kat Lab sebab nak tau jenis apa. Kat hospital tu plak depa nak ambik darah B sahaja, yang lain depa takmau. Sorang-sorang taktau darah diri sendiri jenis apa. Dah nama pun gamble trouble, mana nak ambik tau dah darah jenih apa. Haha. Our luck today! Ketiga-tiga orang darah B+. Hahahaha. Mengekek-ngekek kami gelak dalam Lab tu sebab tak sangka semua darah sama. Hahaha. Dah selesai semua test dan isi borang, masa untuk mengepam darah keluaq sudah tiba. Hahaha. Aku kena dulu. Nasib baik la staff kat situ sempoi-sempoi. Memang terbaik la servis yang depa bagi. Siap bancuh ayaq Milo lagi. Hehe. Ada kot tak sampai 10 minit, darah aku dah cukup dalam beg tu. Senyum ja muka aku bangun dari katil sejuk tu. *Ekon duk atas kepala beb! Hahaha.

Wan Pak Lah seronok minum ayaq Milo panas.

Pastu giliran Mun plak. Mun ni badan besaq. Misi tu pun perli, kata yang ni kena amik sampai habis sebab stok darah banyak. Hahaha. Punya la banyak darah Mun ni sampai tertumpah, meleleh menitik atas seluaq bila dah cabut jarum tu. Hahaha. Habis semua orang dalam Lab tu gelak. Last skali turn Wan Pak Lah plak. Dari awai test darah sampai nak pam darah, muka tak ubah macam mayat. Haha. Wan Pak Lah paling bermasalah sebab darah dia lambat keluaq. Dah habis pam sampai ketaq tangan pun darah just meleleh ja. Dia seorang ja dekat 15 minit kena tunggu beg darah tu penuh. Bila dah selesai semua, nurse tu cakap nanti 17hb kena pi situ balik sebab depa ada sedikit ganjaran nak bagi. Haaa! Part tu yang nak dengaq sangat tu. Haha. 

p/s: bukan mengharap sangat ganjaran tu, tapi kalau nak bagi, sumpah kami tak tolak. hahaha...

3 comments:

Wanie Affandi said...

woah..tak pnah derma darah lagi...><

Nang Masitoh said...

sumpah,aku pon tumpang gelak,hahahaha

My Self said...

walking here....

bukan derma drh dorg kasi mcm pen,buku n bla bla bla ke...:) tp bgus la p derma gak.. :)