Wednesday, March 16, 2011

Tak Mau Khazali Din

Assalamualaikum..

1st thing 1st, diri ini mahu memohon sejuta kemaafan sebab biaq blog ni agak berhabuk, lama tak update. Mula-mula sibuk skit lepas tu mai pulak demam, batuk, sakit tekak. Isskk. Macam-macam penyakit duk ada dah ni.

Ok kita mulakan bicara. Aku nak cerita sikit apa yang terjadi dalam kancah bola sepak Kedah sekarang ni. Umum sedia maklum yang sekarang ni pasukan Kedah sedang bergelut dengan prestasi yang kurang memuaskan. Punca yang dapat dikenal pasti adalah disebabkan campur tangan pengurus pasukan itu sendiri, Datuk Khazali Din @ T-Long. Lepas Kedah kalah kepada Felda United dalam perlawanan Piala FA sampai la ke hari ni, setiap hari mesti ada berita pasal pasukan Kedah dan berita tu pasal penyokong Kedah tak mau dah kat DKD ni. 

Tak Mau Datuk Khazali

DKD ni dia memegang jawatan Datuk Bandar Alor Setar, penjawat awam tetapi pasal apa dia buleh keluaq statement, ''Datuk Khazali mahu melepaskan jawatannya tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana beliau merupakan penjawat awam yang perlu menurut perintah majikannya iaitu kerajaan negeri Kedah''. Itu jawatan dia dalam kerajaan negeri Kedah! Ini pasukan bola sepak Kedah. Dia tak boleh samakan kedua-dua jawatan tu. Be a professional person! 

Astro Arena didedahkan dengan perkara sebenar

Lepas tu dia keluaq pulak statement, “Saya tidak mahu layan desakan peminat.”. Sebelum tu dia ada keluaq statement mengatakan kalau betoi-betoi peminat Kedah, takkan buat dengan cara desakan macam ni. Akan ikut saluran yang betul. @#$%^&*)(! Come on la! Sudah berapa lama kami semua, PENYOKONG Kedah dah gunakan saluran yang betul tapi langsung tak diendahkan? Bila guna cara yang betul, langsung buat tak nampak. Bila guna cara yang agresif, dia kata PENYOKONG suka mencetuskan huru-hara untuk pasukan.

Pencetus huru-harayang terlalu sayangkan bola sepak Kedah

Player boleh bersilih ganti. Coach boleh bersilih ganti. Pengurus boleh bersilih ganti. Pengurusan KFA boleh bersilih ganti. Pasukan boleh bersilih ganti ke Liga Super, Liga Perdana dan tak mungkin Liga FAM. Yang tidak berganti adalah penyokong walaupun kengkadang BENCI DI MULUT DI HATI SAYANG. Takkan kita nak tengok team KEDAH bungkuih kot dek anasir anasir yang tidak comel. BERANI KERANA BENAR!!!

PENYOKONG dan PEMINAT adalah dua subjek yang sangat berbeza!

No comments: