Tuesday, May 31, 2011

Sudah menjadi darah daging. Hanya mampu berdoa.

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak sentuh sikit pasal isu semasa yang hangat diperdebatkan, mengenai ''Bir Halal'' atau nama lainnya non-alcoholic drink... Sebenarnya kewujudan air ni sudah lama tapi baru sekarang ini sahaja dipertikaikan tahap halal dan kandungan alkohol dalam air tu... Aku sendiri tak pasti sama ada air tu mengandungi alkohol atau tidak... Kalau ada pun adakah dibawah peratus yang dibenarkan... 0.001% adalah tahap yang dibenarkan sebab alkohol tetap akan terhasil dalam makanan atau minuman bila terjadinya tindak balas kimia... Yang menjadi isu sekarang ini sebab, air tersebut dikatakan mengandungi 0.05% alkohol...

Barbican drink
Aku mengaku aku pun pernah minum air-air ni dan rasanya saling tak tumpah macam jus perisa buah-buahan berkabonat... Banyak pihak mengatakan air ini tidak halal dan ada jugak yang mengatakan air ini halal... Antara sebab yang dikatakan halal adalah penjualan air ini seluruh dunia sehingga ke bumi Mekah dan air ini dihasilkan di Dubai, UAE... 

For the first time, first impression aku pasai air ni pun agak meragui sebab keadaan botol ni dah nak serupa macam bir yang betul tapi bila aku perhatikan betul-betul dan baca semua info yang tertulis kat botol tu, maka dengan yakinnya aku pun tunggang la air ni... Serius sedap..! Hehe...

Statement yang dikeluarkan oleh pihak pengedar Barbican
Sekarang isu halal atau tidak menjadi perbualan panas sehinggakan pihak pengedar Barbican sendiri mengeluarkan kenyataan seperti dalam gambar tu... Halal atau tidak, Wallahualam... Bagi sesiapa yang sama senasib macam aku, pernah minum, benda dah pun menjadi darah daging kita... Jika tidak halal, aku berdoa diampunkan segala dosa-dosa yang berlalu... Jika sah halal, aku sangat-sangat bersyukur...

11 comments:

shaffique said...

pernah minum sekali je barbican ni. pas tu tak minum dah. mahal n tak sedap. huhu.


My latest entry : Poster Filem Popular Versi Orang Lidi

dreamygirl said...

salam.bukan minuman je..makanan dan barang2 lain yng pernah digunakan sebelumni pun baru diketahui xhalal..doa jelah..jadi,produk Islam,lebih yakin -)

Suria said...

ntah laa..perkataan 'bir halal' tu sendiri pun dah pelik..
kalo dah halal sblm ni kenape dipanggil bir..emm..wallahualam..

mudah²an....doa je k :)

[z@ck] said...

tajuk entry bikin gua nervous.gua fikir benda lain

IeDa said...

status: syubhah.. so, lebih baik ditinggalkan... =)

Encik Siput said...

Shaffique- hehehe...

dreamygirl- tu la pasal... skrg ni tetiba ja, ada ja yg diragui...

suria- itu la pasal... nama pun dah lebih kurang

z@ck- lu pikir apa der?? hahahahaha...

IeDa- yes you are right!

Shukjessa said...

kajian dah dibuat dan terbukti peratusannya tinggi, so takyah la minum dah...

yang still nak kate halal tu ade something wrong la tu...

p.s: banyak lagi air yang boleh minum pon kan

[z@ck] said...

lu rasa? hahahaha

Encik Siput said...

haha.. gua rasa mcm gua tau... tp xmo ahh nak sebut... mengigil 1 badan woo...

Elie Lily said...

rak penah minum..tak tahu pe rasa!
macam tak best je?
hee

beLLa said...

kat u banyak je jual barbican neh. dulu slalu gak beli. dah timbul isu halal haram ni, memang tak nk beli dah. dari was2, baek tak minum je. harap sgt apa yang dah minum dulu tu, diampunkan Allah. ;(