Monday, June 20, 2011

Cuti-cuti part 2 - Town Melaka.

Assalamualaikum..

Jumpa lagi kita.. Ok kali ni aku nak mulakan destinasi pertama percutian aku dengan family aku cuti sekolah yang lepas.. Destinasi pertama kami for sure la Melaka sebab ada kenduri kakak aku kat Ayer Keroh.. Tapi kenduri tu sat ja, yang lain tu jalan-jalan la nyah oii..

Menara Taming Sari.. Tempat pertama yang aku tak rasa gayat walaupun ketinggian mencapai 80 meter.. Sebanarnya aku ni memang takut tempat tinggi.. Kalau sebelum ni jangan harap la aku nak naik tempat-tempat yang tinggi.. Bangunan sekolah 3 tingkat pun aku dah geli tapak kaki, ni kan pulak tempat lain.. Hehe..


Ok.. Cukup setakat tu aku bukak rahsia aku.. Menara Taming Sari ni lokasinya betul-betul berdekatan dengan Dataran Pahlawan.. 1 stop center la untuk sapa-sapa yang baru nak pi melawat Melaka sebab kat situ memang semuanya dekat-dekat.. Yang best kat sini adalah lambakan beca yang sangat meriah hiasannya.. Haha.. Dah la meriah, yang jadi driver beca tu muda-muda beb.. So takdak masalah la kalu nak suruh dia pusing town Melaka 10 round sekali pun.. Haha..


Masa aku pi tu musim cuti so memang ramai la rakyat Malaysia yang membanjiri negeri kecik ni.. Antara tempat lain yang dekat dengan Menara Taming Sari ni adalah Melaka Megamall, Mahkota Parade, dan Pahlawan Walk Street.. Gadis-gadis pun ramai masa tu, letih mata memandang.. Teett..!!



Dan masa kat Menara Taming Sari, aku dengan dua orang adik aku mengabadikan wajah kami di situ.. Nak tau? Tunggu entry seterusnya.. Hehe..


8 comments:

SyahmiFikri said...

wah! syahmi baru je vacation ngan kawan2 minggu lepas kat melaka..

menarik.. naik gak menara nie..

naik sambil bilang duet melayang
hehehe

rm10 = 7min.. hehe

Unknown said...

Haha.. betul tu bro... tp puas hati la kan coz bukannya hari2 dapat naik... :)

[z@ck] said...

mana gambar menaranyaaaaa?

Unknown said...

zack- tengok video sudah...

Durrani Zamri said...

hehe..salu sgt p melaka, tp xpena ag naik menara taming sari..haha.. seram..

Hans Hanis said...

walaweh
ku 3 tahun belajar sana tak pernah dapat naik menara taming sari tu
sob sob sob

Juvana Episod 9

atien said...

mak aiyhh..nk suruh pusing 10 round...
tercabut kot kaki tukang kayuh tu..
ekekeke

Unknown said...

Bit.Shaa- naik la skali... rasa tgk mcm mana naik menara tu...

Hans- Haih? 3 tahun dk sana, xkan hari2 menara tu ramai kot bro? hehe

atien- org muda lor... xapa ja kalau 10 round pun...