Monday, August 8, 2011

Long journey to go.

Assalamualaikum... Agak lama aku tidak bekarya di sini sebab agak sibuk dengan kehidupan yang semakin hari semakin menuntut aku membataskan masa untuk perkara-perkara lain..

Semenjak kebelakangan ni, tak pasti la apa yang ada dalam benak fikiran aku ni.. Kadang-kadang aku rasa aku tak puas dengankehidupan yang sedang aku nikmati ni.. Kadang-kadang aku rasa sangat gembira dan terhibur dengan apa yang aku ada.. Kadang-kadang tu pulak aku rasa, entah laa.. 


Dulu, ummi pernah cakap kat aku, sebelum buat apa-apa, fikir habis-habisan.. Jangan buat keputusan dalam keadaan marah dan terburu-buru.. Ya sekarang ini aku mengaku aku menyesal.. Tersangat menyesal dalam beberapa perkara yang berlaku dalam hidup aku.. Semua itu bukan aku mahu terjadi tapi aku tak pandai untuk membuat kepuusan yang terbaik.. 

 Ada suatu perkara yang terjadi, memberikan impak yang sangat besar dalam hidup aku.. Susah untuk aku gambarkan betapa peritnya untuk aku terima.. Terasa dunia ini gelap sejenak apabila kali pertama mengetahui.. Bukan di sini tempatnya untuk aku luahkan segalanya.. Cukuplah sekadar menjadi pedoman dalam hidup aku dan biarlah aku yang menanggung azab dan keperitan dari apa yang berlaku dalamkehidupan lampau aku dulu..

Setiap langkah yang tersilap, jika ada untungnya, selamatlah kiranya.. Tetapi jika nasib tidak menyebelahi kita, silap langkah yang sedikit, kealpaan yang sebentar itu akan membuatkan seluruh hidup, sepanjang hayat merana, menjadi rumit dan menderita.. Hanya dengan sekali tersilap langkah, sekelip mata semuanya berubah..


Dan sekarang aku sedang merasai azab dan keperitan dari kesilapan langkah, suatu ketika dulu..

I still have to continue my very long life, complicated, challenging and far away, had invaded and conquered alone without the light of guidance that can help me.

No comments: