Sunday, December 25, 2011

2012. Welcome!

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak menulis.. Kali ni aku nak share sikit la dengan readers, azam tahun baru.. :]

2011, tak banyak sangat azam @ cita-cita aku yang tercapai sebab macam-macam hal yang jadi.. So kali ni untuk tahun 2012, aku akan usahakan untuk dapatkan apa yang aku idamkan.. Kalau nak dikikutkan, banyak benda yang aku nak achieved tapi aku kena realistik sebab tak semua apa yang kita mahukan tercapai..

1st, aku nak gain sebanyak mungkin pengalaman kerja dan ilmu-ilmu perniagaan sebab sekarang ni pun, boss aku banyak ajar pasal 2 benda tu.. Pengalaman kerja sangat mematangkan seseorang..So dah ada kesempatan ni, aku nak kaut sebanyak mungkin apa yang aku boleh belajar dari apa yang aku sedang buat sekarang ni..

2nd, aku nak stabilkan kewangan bulanan aku.. Hehe.. Meaning to say, aku nak usahakan untuk aku dapat survive hidup dengan pendapatan yang aku dapat setiap bulan.. Jangan ingat tinggal dengan parent, semua benda parent nak tanggung yea.. Umur dah 20++ so kena la usahakan untuk ada pendapatan sendiri.. Takkan la nak mintak lagi kat parent..

3rd, aku akan cuba untuk bukak syarikat dan perniagaan sendiri.. Kalau boss aku boleh buat, tiada alasan untuk aku tak boleh buat.. Yang penting ada usaha.. Kan kan kan? :]

4th, InsyaALLAH kalau ada rezeki lebih, aku nak beli kereta sendiri.. Tak sanggup dah duk berebut kereta dengan orang lain.. Biar kecik, biar buruk dipandang tapi hasil dari usaha sendiri.. Kaaaann?? :]

So itu saja kot azam tahun baru aku.. Kalau nak letak banyak sangat azam pun mengarut ja, bukannya semangat tu nak steady sepanjang tahun.. Hehe.. :]

Nak berangan, nak pasang impian @ cita-cita tak salah, asalkan ada usaha dan jangan cepat mengalah.. Bila sekali kita mengalah, semangat untuk teruskan usaha tu sedikit terganggu.. :]

No comments: