Sunday, September 30, 2012

What say you?

Kadang-kadang aku terfikir, adakah setiap keputusan yang kita buat itu adalah apa yang kita mahukan, ataupun disebabkan oleh perkara lain? Adakah setiap keputusan yang kita buat itu adalah yang terbaik untuk diri kita?

Perkara ini selalu buat aku terfikir dan termenung keseorangan.. Kadang kala aku rasakan adalah lebih elok kalau kita biarkan saja sesuatu perkara terjadi dengan sendirinya.. Tetapi kadang kala kita juga terpaksa membuat keputusan yang sukar walaupun ianya akan menyakiti hati seseorang..

Dalam hidup ini, bila datang suatu masa yang perlukan kita membuat keputusan dengan segera adalah waktu yang sangat buruk.. Sama juga macam aku.. Kadang-kadang aku menjadi serba salah bila dalm keadaan macam tu.. Mahu tak mahu, keputusan harus dilakukan juga.. Paling tak best kalau melibatkan hati dan perasaan..

What say you?

No comments: