Showing posts with label kejadian apakah. Show all posts
Showing posts with label kejadian apakah. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

Siapakah Ambiga Sreenevasan – Penganjur Perhipunan BERSIH?




Sekarang riuh dengan Perhimpunan Bersih yang akan diadakan di Kuala Lumpur . Mula – mula malas nak ambik tahu pasal ni tapi lepas keluar berita tv3 , aku pun google la sikit . Aku pun malas nak komen banyak – banyak , nanti tersasul pulak . Jom kita kenali siapa di sebalik perhimpunan bersih .

Datuk Ambiga, Nama yang cukup terkenal dan sering menjadi sebutan dan pujaan sesetengah orang sejak kebelakangan ini.



Nama Datuk Ambiga mula menjadi sebutan adalah rentetan daripada Pengajuran Perhimpunan Bersih yang bakal diadakan pada 9 Julai nanti, dan sebenarnya aku tak berapa nak ambil kisah dengan perhimpunan bersih ni kerana (heheheh).

Tapi yang menarik perhatiaan aku ialah Kisah dan Latar belakang Datuk Ambiga yang sejak kebelakangan ini memang hangat diperkatakan terutama dari Blogger blogger yang memihak pada UMNO, Benar atau tidak, Rasanya Kau orang boleh selidik sendiri, kerana pada aku bukti tak bermakna tanpa penerimaan oleh Akal….

Namun aku cuma nak Kongsikan beberapa fakta yang aku jumpa mengenai Datuk Ambiga ni…


Ambiga Sreenevasan – Penganjur Perhipunan BERSIH

Nama: Ambiga Sreenevasan

  1. Agama Hindu
  2. Bekas Presiden Majlis Peguam
  3. Orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001.
  4. Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
  5. Turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
  6. Penyokong Tegar Kes Murtad
  7. Menawarkan khidmat guaman percuma kepada umat Islam yang hendak murtad sekiranya dibawa ke mahkamah persekutuan.
  8. Penyokong kuat kepada seorang wanita India yang hendak memohon menjadi peguam syarie dan nasib baik permohonan ditolak



Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

14 Tuntutan  Suruhanjaya Antara Agama (IFC)

  1. Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang islam.
  2. Orang bukan Islam yang memeluk islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
  3. Kes orang islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.
  4. Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang muslim.
  5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki memeluk agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orangg Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
  6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
  7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
  8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
  9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
  10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
  11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.
  12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.
  13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnyadigunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
  14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah

Sumber

    Tuesday, May 10, 2011

    Restart blogging.

    Assalamualaikuuuuummmmm...

    Haaa tudia tudia.. Setelah sekian lama menyepi, baru hari ni aku restart blogging..

    Mengapakah? Apakah? Siapakah? Adakah?

    Hahaha.. itu semua persoalan yang diajukan kpd aku setelah sekian lama ''pause'' blogging..

    Mengapakah?
    Actually aku pun tak tau dari mana DIA dapat tau blog aku ni wujud.. Sedaq-sedaq DIA text aku yang DIA duk baca entry kat blog aku.. Nah! Setempek aku terkejut dan hairan.. Dah la silent reader, menyibuk plak dalam real life aku.. Semak woi semak.. Kalau hang nak baca, hang punya pasai la tapi jangan la duk sibuk-sibuk dalam real life aku.. I have my own privacy! Amekaw!

    Apakah?
    DIA tu aku pun tak faham laa.. Tak sedaq-sedaq lagi kot yang aku ni dahnaik semak dengan DIA.. Takkan la aku nak kena cakap depan-depan baru nak faham.. Isskk.. Apa punya manusia laa..

    Siapakah?
    DIA stand for somebody that forever and ever I hate.. Nah! Boleh macam tu? Haha..

    Adakah?
    Adakah DIA masih stalked blog aku? Pi mampoih hang laa! Yang penting DIA tak ganggu real life aku lagi.. Once again, I have my own privacy!


    Ok now, aku dah restart blogging so kepada anasir-anasir luar yang nak kacau life aku, takyah la yea.. Buang masa jaa..

    Sunday, April 3, 2011

    Pelancaran Sukan Air 2011 a.k.a Perang Dunia ke-10

    Assalamualaikum.. 

    Haha. Jangan terkejut plak baca tajuk entri. Minta-minta tak terjadi la kan perang dunia tu.Harap-harap semuanya selamat belako..

    Al-kisahnya bermula 2-3 hari sebelum tu lagi. Masing-masing taktau nak buat apa then ada seorang kawan aku ni bagitau ada pelancaran tu. So kami pun apa lagi. Bukan selalu benda-benda macam ni ada. Walau hujan menimpa tapi sedikit pun tidak berganjak malah kami masih setia menyaksikan aksi-aksi yang mendebarkan. Haha. Ayat skema nak mati.

    Agak menarik la kejadian-kejadian yang berlaku sebab yang perform tu semuanya 10 Brigade Para a.k.a Maroon Beret. Depa ni sesungguhnya sangatlah terlatih dan kami yang melihat aksi-aksi depa ni sangatlah kagum.. 

    Enjoy the photos.. ;')

    Hensem + kagum!

    Sebelum gimik dan aksi hebat bermula

    Red smoke bomb! Terbaik!

    Tunggu arahan

    Tudia! Abang askar terbang. Haha

    Saturday, April 2, 2011

    Santai di Ulu Legong selepas berfutsal | 19 Mac 2.30am - 5.30am

    Assalamualaikum..

    Hadoooii laa.. Lama sangat biaq blog niy berhabuk, penuh dengan sawang.. Maaf la noh.. Saya sekarang sudah bekerjaya.. Hahaha..

    Ni nak cerita sikit cerita lama.. Lama tak lama sangat laa.. Tapi lama jugak laa.. Ada kot dalam 2 minggu lepas.. 

    Lepas main futsal teruih pi mandi ayaq panas.. Kalau bahasa standardnya, Hotspring laa.. Jitra - Baling 80km++.. Agak berbaloi la walaupun jauh sebab puas hati dapat mandi ayaq panas..

    Masa tu, 2nd time aku pi.. 1st time aku pi masa tempat tu baru bukak.. Ada kot 7-8 tahun lepas.. Hahaha.. Kena plak time tu lutut aku tengah sakit, lagi berbaloi la sebab lepas mandi tu dah kurang sikit kesakitan yang melanda..

    Geng-geng perut maju

    Makan nasik lemak dulu apa cerita pun! Haha..

    Dua orang kanak-kanak riang

    Keluarga besaq KFS

    Wednesday, March 9, 2011

    Sumpah kami tak tolak.

    Keadaan sebenar di dalam Lab. Haha.

    Assalamualaikum. 

    1st, bagi aku gelak dulu. Hahahahahahaha. Nak sambung gelak lagi. Hahahahahaha. Nak sambung lagi boleh tak? Argghh, gelak ja la. Hahahahahahaa. Hahahahaha. Sorang-sorang macam tutt ja hari ni. Ni semua akai bila masa terdesak. Semua benda nak buat. Boleh bayang tak kalau orang lain yang takdak kerja keluaq pi jalan-jalan ka, window shopping ka, lepak McD ka tapi kami bertiga takdak kerja pi derma darah? Hahahahaha. Al kisahnya bermula bila tengah hari tadi tiga-tiga orang takdak kerja. Duk jadi batu ladung ja kat rumah. Aku dengan Wan Pak Lah mulakan rencana. Sebelum ni ada orang duk kata pi derma darah kat hospital swasta dapat duit. Tambah plak keadaan ekonomi tiga-tiga ekoq sesak, apa lagi. Mencanak la sorang-sorang tengah hari tadi. 

    Masa mula-mula nak tanya tu ketaq gak beb. Buatnya tak betul rumors tu, malu yang dapat. Last-last nekad hati kering jugak la pi tanya kat kaunter depan tu. Haha. Dengan muka selamber member aku pi tanya kat kaunter depan tu. Pastu akak Misi tu cakap kena pi kat bahagian Kecemasan. Kami pun pi la kat bahagian Kecemasan. Misi kat bahagian tu plak kata kena pi test darah dulu kat Lab sebab nak tau jenis apa. Kat hospital tu plak depa nak ambik darah B sahaja, yang lain depa takmau. Sorang-sorang taktau darah diri sendiri jenis apa. Dah nama pun gamble trouble, mana nak ambik tau dah darah jenih apa. Haha. Our luck today! Ketiga-tiga orang darah B+. Hahahaha. Mengekek-ngekek kami gelak dalam Lab tu sebab tak sangka semua darah sama. Hahaha. Dah selesai semua test dan isi borang, masa untuk mengepam darah keluaq sudah tiba. Hahaha. Aku kena dulu. Nasib baik la staff kat situ sempoi-sempoi. Memang terbaik la servis yang depa bagi. Siap bancuh ayaq Milo lagi. Hehe. Ada kot tak sampai 10 minit, darah aku dah cukup dalam beg tu. Senyum ja muka aku bangun dari katil sejuk tu. *Ekon duk atas kepala beb! Hahaha.

    Wan Pak Lah seronok minum ayaq Milo panas.

    Pastu giliran Mun plak. Mun ni badan besaq. Misi tu pun perli, kata yang ni kena amik sampai habis sebab stok darah banyak. Hahaha. Punya la banyak darah Mun ni sampai tertumpah, meleleh menitik atas seluaq bila dah cabut jarum tu. Hahaha. Habis semua orang dalam Lab tu gelak. Last skali turn Wan Pak Lah plak. Dari awai test darah sampai nak pam darah, muka tak ubah macam mayat. Haha. Wan Pak Lah paling bermasalah sebab darah dia lambat keluaq. Dah habis pam sampai ketaq tangan pun darah just meleleh ja. Dia seorang ja dekat 15 minit kena tunggu beg darah tu penuh. Bila dah selesai semua, nurse tu cakap nanti 17hb kena pi situ balik sebab depa ada sedikit ganjaran nak bagi. Haaa! Part tu yang nak dengaq sangat tu. Haha. 

    p/s: bukan mengharap sangat ganjaran tu, tapi kalau nak bagi, sumpah kami tak tolak. hahaha...

    Sunday, February 27, 2011

    Apakah yang terjadi? Mengapakah boleh terjadi?


    Apakah yang sebenarnya terjadi? Tunggu next entry. Dari penyokong untuk penyokong.

    Tuesday, February 15, 2011

    Bila dah lama tak blogging, nak start balik agak lembab.

    Kita layan ja gambaq niy. Berpeluh bersama mereka di Tasik Jitra. Maybe last time lepak sebab nanti 19 Feb z@ck dah nak balik Welly. 






    Friday, August 20, 2010

    .: Sakit Gigi Dah Kurang :.

    Selamat pagi.
    Alhamdulillah. Gigi dah tak sakit sebab semalam dah pi ambik ubat. Kat mana? Damn! Kat klinik la wei! Takkan la kat kedai tayar plak kot? Haddoii. 
    Doktor cakap gigi aku niy baru nak manja-manja tumbuh. Dia just bagi ubat untuk surutkan bengkak dengan antibiotik. Dia kata tunggu dulu dalam 5 hari. Kalau bengkak tu tak surut jugak, kena p buat x-ray sebab nak tengok akaq gigi tu macam mana. Kalau ok, tak payah nak buat apa-apa. Kalau tak ok, kena operate la jawabnya. Operate untuk cabut buang gigi tu. Isk ketegaq sungguh aih. tumbuh la cepat-cepat skit gigi ooii. Hahaha.

    hari niy puasa ke-10. Semalam pi terawih kat surau kat blok apartment aku niy ja. Kat sini banyak warga asing, especially dari Arab. Dia punya bacaan tu memang tip-top la. Macam kat Mekah dah aku rasa semalam. Hehehe. Tapi yang lemahnya aku niy, baru buat 8 rakaat kaki dah krem. Mungkin ada yang dah biasa 8 rakaat, 1 jam. Tapi aku baru semalam merasai nikmatnya. 
    Tapi memang betul kata orang, Ramadhan adalah bulan yang dikurniakan Allah S.W.T untuk umatnya merasai kenikmatan yang tiada tandingan dengan bulan-bulan yang lain. Tenang-setenangnya aku rasakan selepas selesai tarawih. Setahun hanya sekali. Tahun depan belum tentu aku dapat lagi merasai ketenangan sebegini rupa.

    Puasa ke-10, dengan harapan kesakitan gigi niy akan hilang untuk sementara waktu. Insyallah.

    Thursday, August 19, 2010

    .: Bongsu yang sangat Menyakitkan dan Tidak Selesa :.

    Aku sakit gigi!

    Pertama kali dalam hidup aku, rasa sakit gigi sebegini rupa. Tadi aku dah call tanya sama Umi aku. Apa jadi bila gusi kat gigi geraham tu bengkak? Umi kata, tu sebab gigi geraham bongsu nak tumbuh.

    Dia kata paling teruk bila macam niy jadi, mesti demam. Umi cerita kat aku yang dia sama abah dulu pun macam tu jugak.

    Pastu bila dah balik rumah, aku cakap la kat Ayie yang gigi aku sakit. Padan muka! Tu ayat 1st dia kata kat aku! !@#$%^&* punya Ayie! Haha. Ayie habaq kat aku, masa dia sakit gigi dulu, almost sebulan baru nak lega. Tu pun jenuh duk tahan sakit gigi.

    Aku ada terbaca 1 artikel pasai gigi bongsu niy. Bila mana gigi niy sudah tumbuh, tumbesaran badan kita akan menjadi agak perlahan berbanding sebelum ini. Jadi maknanya tinggi aku takkan naik dah la. Setakat 190cm saja la? Huhu. Tak sukanya badan aku pendek!

    Pada yang pernah rasa tau la macam mana 'nikmat'nya sakit gigi bongsu niy. Pada yang belum, 1 ja aku nak pesan. Bersiap sedialah anda untuk demam sakit gigi! Hehehe.

    Monday, June 7, 2010

    .: Welcome Back Entry :.

    Assalamualaikum to all bloggers...

    1st of all, sorry sangat sebab sekarang niy aku macam kurang aktif blogging. Sebab banyak perkara aku kena handle. Rasa kekok pulak bila nak mulakan balik blog writing. Banyak benda aku terlepas dari dunia blogging niy. Macam-macam perkara aku nak share tapi tiada kesempatan untuk aku. Masa begitu kedekut untuk aku walaupun 10 minit.

    For the welcome back entry, aku just nak share dengan hampa 1 perasaan kurang senang yang membuak-buak dalam sanubari aku niy. Aku rasa blogger-blogger yang lain pun mesti sangat-sangat setuju dengan apa yang aku rasa sekarang ini.

    Jahanam Israel laknatullah! 

    Itu adalah perkataan yang paling sesuai untuk bangsa yang sememangnya tidak diredhai dunia dan akhirat! Hati aku terbakaq bila dapat tau kapal bantuan kemanusiaan diserang! Serius cakap, kalau ada orang ajak aku pi sana memang aku akan pi! Marah yang teramat sangat dengan apa yang telah diperlakukan oleh rejim Zionis kepada aktivis yang terlibat. Syaitonirojim!

    To all bloggers, Mr.Siput akan kembali aktif berjalan bersiar-siar dalam blog tidak lama lagi so nantikan kemunculan Mr.Siput! Hehehe.




    Doakan aku kawin cepat noh! Hehehe... ^_^

    Saturday, April 3, 2010

    No new entry until monday 'coz Mr. Siput quite busy this weekend!

    Thanks for those dropped by here!

    Thursday, April 1, 2010

    .: Powder vs Pak Ude :.

    Petang tadi ada kelas Safety Industrial Management oleh Mr. Yusof Kadikon. Kelas niy mengenai cara-cara untuk menguruskan keselamatan di tempat kerja. Memandangkan aku belajaq mengenai industri berat, so memang aku perlu tahu la pasai niy semua.

    Keadaan di dalam kelas sangatlah sejuk sebab kat luaq hujan sangatlah lebat maka mata aku pun sangatlah mengantuk! Isk. Tapi aku gagahkan jugak sebab aku minat dengan subjek niy. Sir Yusof dengan semangatnya meng'explain' pasai fire safety dan housekeeping.

    Bagi student yang seangkatan dengan aku niy, mesti ada jugak sedikit pengetahuan mengenai fre safety kan? Sir Yusof ada cakap kita perlu tahu jenis-jenis kebakaran dan bagaimana kita nak padamkan api.

    Salah 1 kaedah untuk padamkan api adalah menggunakan fire extingusher yang banyak terdapat di bangunan-bangunan.

    Sir Yusof pun terangkan la apa yang terkandung dalam fire extingusher tu. Dia kata isi kandungan bergantung kepada tempat, contohnya kalau dekat kilang elektik dan elektronik kena gunakan fire extingusher jenis dry powder. Tak boleh guna jenis ayaq sebab takot short circuit.

    Ada sorang kawan aku niy tengah sedap melayan mata mengantuk dia tu, tidoq dalam kelas memandangkan suasana yang begitu nyaman la katakan.

    Tiba-tiba Sir Yusof terpandang kat kawan aku yang tidoq niy. Kemudian dia panggil nama kawan aku tu (yang tidoq tu la). "Harfan, boleh terangkan bagaimana rupa dry powder dalam fire extingusher?" Sambil mata terkebil-kebil dan still dalam mood mengantuk kawan aku menjawab, "Rupa Pak Ude yang pendek-pendek tu la cik!"

    Hambikk kepala kau!

    Habis 1 kelas berdekah tadi sebab dia silap jawab. Sir tanya powder dia pi jawab Pak Ude! Sekali dengan Sir tergelak-gelak sebab kwan aku tu silap jawab! Haha.

    Moral of the story is, tak elok belajaq kalau kat luaq tengah hujan sebab itu akan menyebabkan anda terpaksa melayan kerenah mata! Haha.

    .: Berakhirlah Sudah :.

    Berakhirlah sudah episod Dikir Barat! Semalam adalah malam keramat untuk budak-budak MFT kerana kami berjaya menggondol tempat pertama! Feewiiit! Hehe.

    Aku minta maaf sangat sebab lama tak update blog dengan blogwalking! Takdan la nak buat semua tu sebab aku terikat dengan praktis. Praktis pulak everynight sampai pukul 1 lebih. Balik ja teruih tidoq.

    Persiapan selama lebih kurang 2 minggu berakhir dengan kemenangan dan kenangan yang manis dalam hidup aku! Segala usaha yang kami lakukan sendiri tanpa mana-mana bantuan memang berbaloi-baloi!

    Hours before the prerformance, macam-macam perasaan mai dalam hati niy. Isk. Rimas bila jadi macam tu sebab tu la punca untuk aku lupa step-step nanti.Persiapan bermula dari awal lagi, seawal pukul 2 pm. Aku dengan 3 orang kawan aku yang lain terpaksa bergegas ke Shah Alam untuk ambik baju. Dengan hujan lebatnya, Ya Allah. Sampai tak nampak jalan!

    1 hour before performance! Rasa ketaq makin menjadi-jadi la pulak. Awat taktau? Isk. Tadi relax ja niy makin ketaq pulak. Aku pun hairan sebab bukannya tak pernah perform. Sebelum niy dah perform dah sekali takkan la hari niy pun nak ketaq lagi? Haish.

    Suasana dalam dewan become more lively! Aku jadi ketaq bukan sebab pa, kami punya performance last sekali pastu aku pun tak tau pasai apa team dikir barat jadi tumpuan malam semalam. Maybe sebab baju yang kami pakai kot! Warna terang gila vavi!

    So guys, these are some photos from A Night with Culture semalam! Enjoy it yea!

    Awat pejam mata matju?!

    Tudiaa! Panglima tengah duk bersiap!

    Panglima kecik dipakaikan sampin! Haha.

    Minutes before the performance! 

    Kak zie tanya awat meghelit sangat? Haha.

    Hehe. Minta ampun dan maaf yea! (apa aku merepek niy)

    Kecik dan matju paling semangat sekali! Haha 

    Yes!



    psstt: boleh full concerntrate kat study and blogwalking plak! Leganyaa!

    Monday, March 29, 2010

    .: Sekali Seumur Hidup :.

    Masihkan ampa semua ingat lagi kepada benda-benda niy? Kalau masih ingat mesti ampa semua teringat zaman kecik-kecik dulu kan? 

     
    Tora datang lagi!

    Pencil box paling aku suka sebab macam-macam function ada!

    Dalam class lawan pemadam sapa paling kuat! Wangi owh pemadam niy!

    Kaki main tepuk kad mesti ingat kan?

    Belon yang tersangat la nipis tapi sebelum tiup kena kulum-kulum, jilat-jilat dulu takut nanti bila tiup tak kembang!

    Zaman main game guna tape! Game paling top zaman dolu-dolu! Aku selalu ja gaduh dengan abang aku sebab dia selalu dapat main lama dari aku!

    Konon-konon nak jadi polis la!

    Pilih kaler, pilih nombor dan anda akan ketahui jodoh anda macam mana! Dolu-dolu manual ja mana ada kena jawab kuiz macam dalam Facebook tu!

    Aku pernah ada mainan penguin niy! Best! Ralit ja tengok penguin tu berjalan!

    Kaki-kaki yang duk layan Dragon Ball suma mesti kenai karakter niy kan? Kalau kat sekolah aku dulu, hari ahad ja mesti tak pi sekolah then esoknya mula la kelentong cikgu macam-macam. Cakap sakit perut la, sakit gigi la pada hal tengah sedap kat rumah layan cerita Goku!

    Best woo men beskal niy! Dolu-dolu Azizul Hasni tu main beskal niy la that's why sekarang niy dia cempien kayuh basikal dunia! Haha

    Manis kan chewing gum niy?

    Niy paling aku suka! Apa dia tulis aku pun tak paham tapi memang aku suka sangat dengan cekelat niy! Sekali beli 4 5 kotak. Kalau makan, sekotak sekali gus! Memang pelahap!

    The best toy ever! Tekad dalam hati simpan duit raya sebab nak beli keta dash atau nama fofular dia Dash Yonkuro!

    Sekali sekala bila teringat balik zaman kecik-kecik dulu, aku hanya mampu tersenyum sendirian sebab kenangan tu hanya datang sekali sahaja seumur hidup! Aku dah puas menikmati zaman kanak-kanak aku dulu tapi kalau diberi peluang untuk kembali ke zaman tu balik, tanpa pikiaq panjang aku setuju sebab masa tu aku tak payah nak pikiaq soal lain. Hanya main saja dalam kepala hotak aku niy! 


    >_<

    Saturday, March 27, 2010

    .: Check This Out :.

    Guys.
    You really need to check this out! ^_^

    Tadi aku saja ja meng'eksplore' dunia maya niy mencari informasi-informasi terbaru. So ini apa yang aku dapat untuk dikongsi bersama. So mark your calendar at all these activities yea. ^_^

     Kelly Clarkson Live in KL Bukit Jalil Malaysia!

    Brings to you by Galaxy Group on Sunday 25 April 2010! Kelly Clarkson, American Idol’s first ever winner, is coming to town as part of her All I Ever Wanted World Tour!
    Tickets will be sold at RM338, RM288, RM238, RM188, RM138, RM98. So hurry up! Get your tickets now!


    SONY Expo 2010 at Mid Valley Exhibition Hall 1-4 April.

     Sony Malaysia Expo 2010 (3D Entertainment Park) , 300 Early Birds (1st April Only) Sony Cash Vouchers. Up to RM1000 to be given away to first 300 visitors! Free admission! 


    Levi's 2010 Sale.

    The Gardens Mall, Pavillion KL, Mid Valley Megamall, The Mall Shopping Centre, Pertama Shopping Complex, 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid, The Curve, AEON Bukit Tinggi Klang, Jusco Bukit Raja Klang, Giant Hypermarket Shah Alam, and other Levi’s s from 18 Mar 2010 - 4 Apr 2010.
    Levi’s 2010 Sale Up to 60% Off, The best of all cuts… 


     iPhone 3G S 2010 Promotion.

    24 Mar 2010 - 20 Apr 2010 at all Malaysia Maxis store. All Maxis customers can sign-up for an iValue Plan to enjoy a further RM200 off their subsidised iPhone price. Our birthday. Your Gift.

     
     HP Supplies Gift Vouchers or Cash Vouchers.

    Available from 1 Mar 2010 - 10 Apr 2010. Buy selected Original HP Supplies for Parkson Gift Vouchers or KFC 4-in-1 Cash Vouchers.

    Products offered are:
  1. Promo 1 FREE KFC 4-in-1 Cash Voucher worth RM10 when you buy 2 units (same model) of selected Original HP Ink in a single receipt/invoice.







  2. Promo 2 FREE Parkson Gift Voucher worth RM10 when you buy 1 unit of selected Original HP Toner.







  3. Promo 3 FREE Parkson Gift Voucher worth RM150 when you buy 2 sets (same series) of selected Original HP Color Toners



  4. .: Khas Untuk Insan Tinggi aka z@ck :.








      



    So kepada yang berkenaan, anda diminta rasa terharu kembali yea sebab saya telah post entry khas untuk anda! Sekian dari saya, terima kasih.