Friday, March 26, 2010

.: Anak Umi :.

Salam.

Perrgghh cuaca sekarang makin tak menentu kan? Tengah hari panas gila vavi then bila petang hujan lebat selebatnya. Tu macam mana badan nak tahan? Sampaikan aku demam-demam la last week! Hadooii.

Actually aku nak share dengan ampa semua pasal tabiat aku yang suka membeli kasut! Haha. Macam orang perempuan plak aku niy kan? Hehe. Asal tengok ja mesti nak beli. Tu pun dah puas tahan hati niy tapi apakan daya, nafsu membeli tak dapek den nak control eyh!


 Kaki sepasang ja tapi kasut berpasang-pasang!


Sem lepas saja aku beli 5 pasang kasut. Aku rasa kalau perempuan memang perkara biasa la kan tapi bagi lelaki macam mana? Aku tengok kawan-kawan aku yang lain tadak la suka membeli macam aku ni. Hehe.

Dari kecik-kecik lagi aku memang suka beli kasut. Kalau pi shopping mall dengan umi and abah mesti nangis-nangis nak kasut sampai hentak-hentak kaki meraung dalam mall tu! Haha. Buat malu ja kan? Sampai sekarang la aku bawak tabiat tu. Umi pun dah tak larat nak pesan dah. Alaa umi takkan tak tau anak umi yang sorang niy macam mana kan? Hehe.




Sebenaqnya aku niy bab pakaian cerewet sikit. Tambah-tambah pasal kasut. Aku tak suka rodong sama ja setiap event yang aku pi. Kalau setakat nak kuaq lepak dengan kawan-kawan kat mapley tu biasa la kan tapi kalau macam majlis-majlis rasmi yang perlukan kita patuh dress code macam mana? Takkan nak rodong sama ja kot? Tak pasal-pasal kena halau buat malu ja. Pastu kalau nak main futsal takkan aku nak beduk pakai safety boot kot? Silap-silap kena maki dengan ref!

Aku juga sangat pentingkan keselesaan masa aku berjalan. Last month 2 pasang sliper aku beli sebab yang 1st aku beli tu macam tak ngam dengan kaki aku, so aku pun labur la lagi duit aku untuk beli sepasang lagi sliper. Yang lama tu aku bagi kawan aku pakai. Hehe.




So guys out there, aku nak bagi sedikit tips la untuk dapatkan kasut yang sesuai dengan kaki ampa.

1st, pastikan masa membeli kasut tu adalah sebelah petang atau malam sebab masa tu kaki kita dah memang kembang sekembangnya. I mean masa yang paling ideal la untuk beli kasut.
2nd, pastikan material kasut yang ampa nak beli tu sesuai dengan kulit kaki. Niy yang paling masalah sekali sebab selalunya ramai orang main beli ja tanpa menghiraukan material kasut tu. Then mula la kaki nak berbau harum!
3rd, ampa kena makesure yang cutting kasut tu ngam dengan kaki ampa untuk mengelakkan kaki melecet. Bila kaki melecet confirm-confirm dah ampa takkan pakai kasut tu lagi kan. Bila dah tak pakai, maka tersadai lah kasut tu tidak bertaman. Kan membazir namanya? Hehe.

Until next post, pandai-pandailah ampa pilih kasut yang ideal dan sesuai untuk kaki kesayangan ampa tu yea? Hehe.



>_<

2 comments:

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

saya suka gigit kasut baru sblm pakai. mai mana la petua ni..theeee

FiesyaaChacha said...

nice tipsss. heyy shoe-holic juge ker? hiks ;P