Thursday, March 25, 2010

.: Campus Life :.


Salam.
Semalam aku lepak kat Kolej 5 UPM sebab temankan kawan aku tolong awek dia buat keja. UPM atau nama pada asalnya Universiti Pertanian Malaysia sebelum ditukarkan kepada Universiti Putra Malaysia terletak di Serdang Selangor. Sambil-sambil aku lepak, aku dapat tengok telatah dan pergerakan student UPM. Ternyata campus life kat IPTA memang happening. Sebelum niy aku sangkakan life kat IPTA membosankan, yala sebab banyak peraturan kan. Tapi just few hours i've been there last night, rasa syok la pulak sebab macam-macam akiviti ada bila waktu malam. Bukan sekadar menghabiskan masa untuk study ja.

Sebelah port aku lepak tu ada studio jamming untuk student-sudent lepaskan gian petik gitar dengan ketuk tong dram! Haha. Memang bagus la sebab ada tempat disediakan untuk student melunaskan minat dan hobi depa tu! Cee. Mula-mula aku sampai sana, aku just online ja guna Broadband awek kawan aku tu, then rasa macam bosan semacam ja. Yala selalunya online guna Streamyx then tetiba ja malam niy online guna Broadband so rasa macam pelik skit la. Alaa memilih pulak mamat niy! Huhh.

Environtment kat Kolej 5 niy memang best la. Aku cam teringin pulak nak belajaq kat UPM niy sebab tertarik dengan suasana dan aktiviti yang ada kat sini. Kalau nak dibandingkan dengan kampus aku memang jauh beza la. Malam senyap sunyi ja sebab kebanyakkan student banyak tinggal luar, i mean rumah sewa la guys. So agak susah la untuk conduct apa-apa aktiviti kat kampus aku tu. Huhh.

Setiap kolej ada depa punya activity hall masing-masing. Dari information yang aku dapat dari awek kawan aku tu, sabtu niy ada Pelancaran Windows 7 untuk para student kat sini. Dengaq kata setiap student akan dapat pack Windows 7 original! Best tu geng! Sapa nak bagi kat ampa free-free ja?

Seriuosly memang aku suka sangat dengan environtment kat kolej tu. Tenang ja aku rasa dan banyak tempat untuk buat study group dan food court dia pun sempoi. Makanan murah dan sedap! Nom nom nom!

Sambil duk tunggu kawan aku duk tolong awek dia buat keja, aku sempat lagi pi jalan-jalan melawat kawasan. Haha. Jakun jugak la sebab kawasan UPM niy memang luas. Aku just meronda kawasan sekitar ja laa. Kalau nak ronda seluruh UPM niy, memang basah spenda la! Gentle gua cakap beb!

So kalau ada yang berminat untuk mendalami ilmu berkenaan pertanian moden, boleh la apply untuk further study kat sini. Memang aku suggest sangat-sangat la.

So until next post, just enjoy it guys!


psstt:next week dah start praktis dikir barat untuk final performance untuk Cultural Night 2010. Penat!

No comments: