Sunday, March 21, 2010

.: Kat Tempat Lain Tadak Dapat La Beb! :.


Tadi aku bosan duk sorang-sorang so aku tengok la balik semua gambaq-gambaq yang ada dalam lappy ladtop aku niy. Aku tertarik dengan gambaq aku ikut abah pi menembak few months ago dekat Ipoh. 

Memang best beb menembak. Bukan guna senapang mainan yang duk jual kat kedai tu. Itu nak buat apa? Tembak cicak boleh laa. Itu pun kalau cicak tengok mesti dia gelak guling-guling sampai jatuh sebab tak kuat. Haha.

Haa tudia! Tak caya sangat!


Actually abah aku niy dia seorang anggota badan beruniform, Askar Wataniah. Dah lebih 20 tahun dah dia join pasukan Wataniah. So dia memang dah biasa la dengan benda-benda macam ni! Dah lama dah dia duk ajak aku ikut dia menembak tapi disebabkan aku belum cukup umoq lagi masa tu so aku terpaksa la batalkan niat murni aku tu. Huhu. Last sem, hajat aku yang terpendam selama ni termakbul dengan jayanya! Cee. Abah aku ada latihan menembak tahunan kat Kem Syed Putra Ipoh.

Tunggu cangak apa lagi? Aku pun join la dia. Umi aku and adik-adik aku yang lain pun join jugak sebab abah aku cakap depa ada buat pertandingan menembak terbuka untuk orang awam! I loike! ^_^

Inilah barisan kita! Yang ikhlas berjuang!

Haha. Mesti ada yang terasa sedikit jeles kan bila tengok gambaq niy! Memang best gila siol! Pengalaman menembak yang besaq kemungkinan aku tak boleh dapat kat tempat lain sebab orang awam susah untuk dapat peluang macam niy! Haha. Agak mencabar jugak la sebab bunyi letupan peluru tu kuat. I almost be deft on that day! Huhh! 

 Perajurit wanita!

Haa jangan ingat perempuan tak boleh menembak naa! Adik aku hari tu punya la excited sebab dapat menembak! Masa pertandingan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan aku ni semua anak-anak staf, so abah-abah kami la yang jadi pengasuh. Hehe. Pengasuh wajib ada untuk makesure yang tak ada kejadian-kejadian yang tak diingini terjadi. Jarak menembak pula 200 meter. So bayangkanlah betapa susahnya nak bagi piring jatuh. Piring pulak kat hujung sana nampak sebesaq kotak mancis ja. Puaih pedo jugak la mata aku ni! Haiisshh.


Niy adik aku yang last!

Dia pun menembak jugak tapi yang pertandingan tu dia tak join sebab kecik sangat. Alhamdulillah team aku, team 'kanak-kanak' dapat masuk final lawan dengan team bekas anggota! Ok kalau ampa tengok balik gamabq adik aku yang cute poyo tu, jarak menembak mula dari kerusi putih tu sampai la kat hujung bukit sana tu! Untuk pengetahuan ampa, jarak membunuh untuk senapang M-16 adalah 400 meter. Alhamdulillah hari tu tak ada kejadian berdarah yang berlaku. Amin.



Penyampaian hadiah! Yehuu!

Naib johan beb!

Even aku dengan teammate-teammate aku yang lain baru hari tu belajaq menembak but we made it guys! Kembang gila bontot hidung aku hari tu sebab dapat naib johan. We beat another teams before that more experiences than us! Tengok la anak Amet Telekom sapa kan? Haha.


Saja ja boh gambaq niy bagi ampa lagi jeles! Haha.


psst; wish me luck yea geng untuk English Carnivall!
>_<





3 comments:

hans said...

hahahaha
xjeles pun
hahaha

Diyana Amalina said...

saya pon x jales la...sbb saya da dpt menembak guna m16 2 kali dan revolver.38 pn 2 kali...(2 dua guna peluru hidup)

Arra JaSmY said...

hoho..cool lah bro.:)