Monday, March 22, 2010

.: Kuala Lumpur International Book Fair 2010 :.

Semalam lepas habih test France aku terus gerak ke KL sebab kawan aku nak pi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ( PBAKL ) kat PWTC yang berlangsung dari 19hb Mac sampai 28hb Mac 2010. Dalam hati aku niy duk pikiaq, apa la aku nak buat kat sana nanti. Haish.



Cuaca ok, alhamdulillah cerah ja. Memang hari yang baik la untuk keluaq jalan-jalan. Around pukul 2 aku sampai kat PWTC. Ramai sangat yang pi PBAKL 2010 semalam. Rata-rata terdiri daripada budak-budak sekolah la. Seperti yang aku jangkakan tadi, mesti bosan. Tapi aku still cool and chill lagi. Malas nak buat muka bosan takut pulak kawan aku terasa sebab aku yang gedik nak ikut sangat!

Suasana PBAKL 2010

Damn!

Jangkaan aku meleset sama sekali! Pesta buku ni bukan saja untuk budak-budak sekolah saja tapi untuk semua golongan manusia. Macam-macam aktiviti ada dianjurkan kat sini. Gerai jualan tu tak payah cakap la. Memang banyak gila. Untuk student peringkat universiti pun ada jugak beb. Waktu dan tempat yang sesuai bagi sapa-sapa yang nak beli buku rujukan untuk buat tesis or assigntment. Aku jalan-jalan dalam PWTC tu sambil tengok-tengok buku yang dijual dan dipamerkan.


Contoh pelajar bijak. Haha

Banyak benda yang menarik minat aku untuk lepak lama dalam tu. Antaranya, gerai jualan untuk pengumpul duit dan syiling. Semalam aku baru dapat tahu duit yang kita duk guna hari-hari tu bukannya setiap tahun dicetak. Ada masa-masa tertentu saja dan paling aku tertarik, negara Malaysia ada mengeluarkan duit edisi terhad, not 50. Memang terhad gila vavi sebab, 1st duit tu cuma dicetak pada tahun 1998 saja, related to the Commonwealth Game dan 2nd, duit tu cuma dicetak sebanyak 130 keping sahaja! Yeaa! 130 keping sahaja! Duit tu warna kuning keemasan dan kebiruan sikit-sikit. Ternganga jugak la aku duk dengaq kakak tu duk explain. Ternganga bukan sebab apa, sebab dia comey! Haha. ^_^

Banyak syarikat-syarikat penerbitan yang turut serta dalam PBAKL 2010. Publisher dari luar negara pun ada jugak join PBAKL 2010 semalam. Bagi penggemar novel, depa tak ketinggalan bergambar dengan novelis kesayangan depa. Memang ada masa diatur untuk pembaca-pembaca novel bergambar dan mendapatkan tandatangan novelis yang hadir semalam. Rugi umi tak dapat mai, kalau tak mesti dia pun pulun nak ambik gambaq dengan novelis kesukaan dia! Hehe.


^_^

Semalam banyak informasi baru yang aku dapat mengenai dunia buku dan penulisan ni. Ada 1 booth yang aku masuk tu, aku tertarik dengan 1 novel. Tajuk novel tu, The Diary of The Cab Driver. The most intellectual driver on earth. Aku tak ingat sapa pengarang dan cab diver tu tapi apa yang aku sangat pasti dia adalah pemegang phD. Doktor bawak cab tu beb!


PBAKL @ KLIBF 2010

Tapi ada 1 benda yang membuatkan aku langsung tak menyesal pi PBAKL semalam tapi aku akan cerita dalam next entry aku nanti! Hehe. Nak tahu apa? Stay tune with Si Siput Cumel!
>_<

5 comments:

bspotgurl said...

Great! rajin rajinkan diri menghadiri this kindna event okay

[z@ck] said...

weyh..nampak ang dah slim sikit!!

Pena Crystal said...

hoho..lepas nih siput kena tukar nama rr,jadi bookworm lak..hak hak hak.

Tp macam best jew.macam nak g lah.ahaks

Unknown said...

bspotgirl- hehe memang rajin tp wat benda lain..

z@ck- laa yaka?aduuii...

arra- hehe..mana leh tukaq nama...satg dah xcute laa...hoho ^_^

Sheherazade said...

belum sempat pergi :(