Thursday, April 1, 2010

.: Powder vs Pak Ude :.

Petang tadi ada kelas Safety Industrial Management oleh Mr. Yusof Kadikon. Kelas niy mengenai cara-cara untuk menguruskan keselamatan di tempat kerja. Memandangkan aku belajaq mengenai industri berat, so memang aku perlu tahu la pasai niy semua.

Keadaan di dalam kelas sangatlah sejuk sebab kat luaq hujan sangatlah lebat maka mata aku pun sangatlah mengantuk! Isk. Tapi aku gagahkan jugak sebab aku minat dengan subjek niy. Sir Yusof dengan semangatnya meng'explain' pasai fire safety dan housekeeping.

Bagi student yang seangkatan dengan aku niy, mesti ada jugak sedikit pengetahuan mengenai fre safety kan? Sir Yusof ada cakap kita perlu tahu jenis-jenis kebakaran dan bagaimana kita nak padamkan api.

Salah 1 kaedah untuk padamkan api adalah menggunakan fire extingusher yang banyak terdapat di bangunan-bangunan.

Sir Yusof pun terangkan la apa yang terkandung dalam fire extingusher tu. Dia kata isi kandungan bergantung kepada tempat, contohnya kalau dekat kilang elektik dan elektronik kena gunakan fire extingusher jenis dry powder. Tak boleh guna jenis ayaq sebab takot short circuit.

Ada sorang kawan aku niy tengah sedap melayan mata mengantuk dia tu, tidoq dalam kelas memandangkan suasana yang begitu nyaman la katakan.

Tiba-tiba Sir Yusof terpandang kat kawan aku yang tidoq niy. Kemudian dia panggil nama kawan aku tu (yang tidoq tu la). "Harfan, boleh terangkan bagaimana rupa dry powder dalam fire extingusher?" Sambil mata terkebil-kebil dan still dalam mood mengantuk kawan aku menjawab, "Rupa Pak Ude yang pendek-pendek tu la cik!"

Hambikk kepala kau!

Habis 1 kelas berdekah tadi sebab dia silap jawab. Sir tanya powder dia pi jawab Pak Ude! Sekali dengan Sir tergelak-gelak sebab kwan aku tu silap jawab! Haha.

Moral of the story is, tak elok belajaq kalau kat luaq tengah hujan sebab itu akan menyebabkan anda terpaksa melayan kerenah mata! Haha.

1 comment:

AyanaAsham said...

hahaha, oke la tu.pak ude dgn powder kan dh dkt2 bunyinye.