Tuesday, April 6, 2010

.: Takut Punya Pasai :.

Rambut dah panjang!

Mesti cam pelik ja kan bila aku sebut macam tu! Haha. Actually aku sekarang niy tengah sabar menanti rambut aku kembali seperti dulu kala. Semua niy gara-gara kesilapan aku sendiri la gatai pi kaler rambut last sem! Hambik kepala kaw! Sampai hari ni rambut still pendek. Aku pun tak tau macam mana nak bagi rambut aku cepat panjang balik.

Last sem rambut aku nak kata smart tak la sangatkan tapi ok la. Aku puas hati la. Then before balik cuti ada kawan aku niy duk buat gatai pa tak tau nak pi kaler rambut pastu aku pun buleh duk join sekaki plak! Haiisshh. Dah macam mat saleh dah rambut merah menyala.

Aku balik ja rumah, umi dah usha pelik dah kat rambut aku tapi dia still cool lagi. Aku ingatkan dia tak tau la yang aku kaler rambut tapi ada 1 masa tu tetiba ja dia tanya, hang bila nak p guntin buang rambut merah hang tu? Terkesima sebentar mendengar kata-kata dari umi! Ceee. Aku pun nak guna ayat terkesima niy jugak! Haha.

Lama gak la aku duk delay cakap nanti la potong nanti la potong. Last-last umi warning dia cakap dia nak potong sendiri time aku tidoq! Mampoih aku kalau macam niy! Buatnya jadi bertakuk kepala aku niy, naya ja! Haha. Esoknya pagi-pagi lagi aku dah pi potong rambut! Haha. Takot punya pasai!

 Niy sebelum kaler rambut! Haha. 



Niy la jadiknya bila rambut dah kaler! Haha.


Niy la jadiknya bila kena warning baru nak buat! Haha.


Sejemput jambul berwarna merah! ^_^

Sebenaqnya aku sayang dengan jambul aku tu. Tak ramai yang sanggup buat rambut sejemput macam aku buat tu tapi apakan daya, diriku hanyalah seorang pelajar yang perlu menurut peraturan! Haha.
 
Mr. Siput now! Hehe.

3 comments:

AyanaAsham said...

jgn isau, rmbt aku lg pjg.hahahaha

|| NaFiRaa || said...

eh!! okeh ape rambut baru.. ensem lagi rambut sis nengok..muehehehe

[z@ck] said...

dah hilang dah ka kaler kt rmbut hang tu?