Monday, January 17, 2011

Steady macam abangnya.


Yea! Alhamdulilah. Akhirnya dapat jugak bertemu dengan beliau.

Walaupun baru 2 minggu berpisah dengannya tapi rasa rindu sangat sebab tak dapat dengaq gelak tawa dan senyuman beliau. Beliau yang dimaksudkan adalah adinda kesayangan hamba, Iffah atau mesra dengan panggilan kakak. Beliau sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN di Kem Bukit Besar Kulim. 


 Sebelum beliau berlepas, 3 Januari 2011.

Masa pi melawat beliau baru-baru niy, seriously nampak dari muka beliau yang beliau tersangatlah excited pada hal sebelum niy beliau agak kurang berminat dengan aktiviti-aktiviti macam tu. Dengaq kata beliau memegang jawatan selaku AJK Makanan di kem tu. Mau tak mau memang dia kena pikul la tanggungjawab yang diberikan. Timbul pulak rasa jealous dalam hati ini kerana dulu aku tak dapat. Siap buat surat lagi ke JLKN, minta untuk turut serta tapi harapan punah.

Masa yang diperuntukkan untuk ibu bapa melawat bermula dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. Hari aku pi melawat tu memang ramai la sebab 1st day ibu bapa boleh pi melawat. Macam-macam style ada. Ada yang bawak bekalan nasik la, ada yang siap berkelah kat tepi tasik la. Yang bawak McD pun ada jugak. Kalau aku pun best, duk dalam kem boleh makan McD. 


 
 Ini adinda saya.

Kawasan kem tu agak terpencil la, pinggir pekan Kulim. Ambil masa sekurang-kurangnya 3jam lebih dari Jitra. Jalan nak masuk ke kem tu pun agak mencabar. Muat untuk sebijik kereta saja. Kalau ada kereta yang nak berselisih terpaksa ambil side sikit. Maklumlah dalam hutan, kalau tak mau ambik side ke semak tu, tak yah la pi melawat kan?

Bagi orang yang sangat berminat dengan aktiviti-aktiviti dan suasana dalam kem macam aku niy, sememangnya terasa sangat teruja denagn keadaan di situ. Sangat excited beb! Kat mana lagi kita boleh buat aktiviti-aktiviti macam tu selain dapat join PLKN. PLKN bukan membebankan. Sumpah aku cakap. Siapa yang dapat pi, bila akhir-akhir nanti mesti rasa macam tak mau balik sebab terlalu seronok dengan suasana, kawan-kawan dan pengisian kem. Aku sendiri pun hari tu rasa macam tak mau balik sebab nak stay kat situ, join budak-budak tu sekali. Lantak la! Janji aku dapat enjoy sama! 


 Saya kacak di situ.

 Kami beredar meninggalkan beliau lebih kurang pukul 4 macam tu la sebab ada hal lain lagi yang nak kena urus. Dan yang paling aku suka sekali, adinda aku tu relax ja muka dia masa nak balik tu. Senyum ja. Kalau sebelum niy, agak jarang la dia berenggang dengan family. Tapi kali niy aku tengok muka dia ok ja. Bagus. Macam tu lah adinda hamba. Steady macam abangnya!

Until next post. Chiao.

No comments: