Saturday, June 25, 2011

Cuti - cuti part 7 - Our last destinations.

Assalamualaikum...

Ok dah last part dah... Bagi aku sepanjang perjalanan kami selama 8 hari, kat Cameron Highlands la paling bermakna sebab last aku pi Cameron Highlands 13 tahun lepas... Masa tu adik aku yang bongsu baru umur 2 bulan... Then after that aku dah tak jejak kaki lagi kat sana... Cuti baru-baru ni baru aku berkesempatan pi plak...

Memang jakun jugak la aku kat sana sebabnya tempat tu dah banyak yang berubah... Kalau dulu kebun sayur tak banyak macam sekarang tapi sekarang ni kebun sayur lagi banyak dari rumah orang kat situ...

Perjalanan dari Gua Musang ke Cameron Highlands melalui Lojing lebih kurang dalam 2 jam... Aku naik pi sana melalui Simpang Pulai sebab keadaan jalan jauh lebih elok daripada ikut laluan jalan Tapah... Dan sepanjang perjalanan kami sekeluarga selama 8 hari, baru hari tu ada kemalangan melibatkan 2 biji kereta yang bertembung secara depan-depan... Agak ngeri la sebab jadi kat selekoh turun bukit.. Nak nak pulak baru lepas hujan, memang kereta tu laju ja meluncur mencari mangsanya...

Sampai kat Cameron Highlands pun dah petang sebab jalan yang sesak... Kalau ada yang dah pernah pi Cameron Highlands masa musim cuti sekolah, pasti ada yang tau pasal pasar malam yang dekat balai polis tu kan... Pasar malam tu boleh dikatakan punca utama kesesakan jalan kat Cameron Highlands kalau mai dari Simpang Pulai sebabnya lokasi betul-betul di tengah-tengah jalan utama... Tapi yang menariknya pasal pasar malam tu, hanya wujud pada musim cuti sekolah sahaja... Bermula dari tengah hari sampai ke malam... Kalau hari biasa, just pasar pagi saja sampai tengah hari...

Malam pertama kat sana, aku dengan 2 orang dayang-dayang aku tu pi jalan-jalan kat pasar malam tu la... Tarikan utama kat pasar malam adalah strawberry chocolate... Boleh dikatakan selang 2 3 buah gerai mesti ada yang jual benda alah tu... Entah-entah orang kat sana dah muak agaknya makan benda tu... Tapi yang menjadi masalah kat aku malam tu adalah jualan sweater @ hooded... Banyak yang cantik-cantik wei..!! Sumpah tak bohong... Kat sana kan sejuk so memang banyak la sweater @ hooded... Masa aku kat pasar malam tu, hujan rintik-rintik... Sejuknya Ya ALLAH, sampai nak krem kaki aku ni haa mak Senah ooii...



Esoknya, aktiviti kami bermula... Lepas selesai pecah laju, terus saja menuju ke tempat-tempat yang dah di "target"... Tempat pertama yang kami serbu adalah KHM Strawberry Farm... Kat situ tempat memang cantik laa... 100% milik Bumiputera geng... Kat situ umi beli Strawberry jem dan acar Strawberry... Sangat mengiurkan gua cakap lu... Masa aku pi tu nasib kurang baik sebab Strawberry dalam proses... Kalau nasib baik, boleh petik dan terus makan... Lagi mengiurkan... :)



Lepas habis meneroka kat KHM Strawberry Farm tu, tak lain dan tak bukan, Bharat Tea Plantations... Peerrgghh..!!! 1st time gua masuk ladang teh beb...!! Memang jakun habis-habisan la gua story lu... Bukan menjakunkan diri tapi terjakun sebab tak pernah sampai... Punya la ciwi sampaikan aku hampir termalu sebab tergelincir kat situ... Takkan la nak biar ja kan? Memang aku cover bertubi-tubi laa... Gadis-gadis dah la ramai kat situ... Adeehh... Kat situ aku dapat chance minum teh yang sangat la sedap... Lupa dah apa ke nama teh yang aku minum tu tapi memang terangkat habis laa... 







Selesai saja kat Bharat Tea Plantation kami menuju ke suatu tempat... Aku tak ingat nama tempat tu tapi dekat dengan rumah rehat Kakitangan Kerajaan yang kat atas bukit tu... Kat situ pun best sebab dia punya aiskrim sangat-sangatlah sedap... Homemade bro... Sempat la jugak ber'dip-licious' biskut dengan Strawberry jam kat situ... Sampai habis la 2 bungkus biskut... :)



Selesai saja ber'dip-licious' kat situ, kami dah beransur-ansur turun tapi banyak lagi tempat yang kami singgah... 1 of that was at tempat jualan bunga dan hasil ladang kat situ, espcially Strawbery laa... Kat situ tempat sangat cantik... Bagi yang sukakan bunga kaktus, haa tu la tempat yang sesuai... Banyak jugak la spesis kaktus yang ada kat situ... Dah tu macam-macam warna plak tu... Dah macam sembur cat la plak... 








Our last destination was at Avant Chocolate... Tempat tu terletak di tepi jalan dalam laluan turun ke Simpang Pulai... Masa tu aku dah nak kiok dah sebab perut kosong... Aku ni sensitiptop sikit, tak boleh perut kosong... Kalau perut kosong haa mula la nak muntah la, pening la, loya la... Dari dulu lagi aku macam tu geng... Tak tahu la apa ubatnya... Kat Avant Chocolate tu, paling best adalah tempat tu menjual produk coklat... Macam-macam jenis coklat ada kat situ untuk di jual... Even tak berapa ok tapi aku agak rambang mata bila dikaitkan dengan coklat ni... Dasar..!! 



Umi ada la beli sikit barang kat situ... Aku ikut ja sebab kalau aku memandai kang lain pulak jadinya sebab boleh dikatakan masa tu dah macam 1st time pulak... Masa aku pi dulu tu dah tak ingat dah... Just 20-30 % ja yang aku ingat... Dah puas saja kat situ, kami semua beransur balik... Selesai sudah perjalanan percutian kami sekeluarga tahun ni... InsyaALLAH, umi cakap kalau ada rezeki lagi, sampa la lagi kami ke situ... Paling aku nak pi sangat, Kuala Terengganu sebab ada pantai...!! Teett..!! Ayik-asyik pantai... Isskk...


p/s- pecah laju = breakfast...

No comments: