Friday, August 20, 2010

.: Sakit Gigi Dah Kurang :.

Selamat pagi.
Alhamdulillah. Gigi dah tak sakit sebab semalam dah pi ambik ubat. Kat mana? Damn! Kat klinik la wei! Takkan la kat kedai tayar plak kot? Haddoii. 
Doktor cakap gigi aku niy baru nak manja-manja tumbuh. Dia just bagi ubat untuk surutkan bengkak dengan antibiotik. Dia kata tunggu dulu dalam 5 hari. Kalau bengkak tu tak surut jugak, kena p buat x-ray sebab nak tengok akaq gigi tu macam mana. Kalau ok, tak payah nak buat apa-apa. Kalau tak ok, kena operate la jawabnya. Operate untuk cabut buang gigi tu. Isk ketegaq sungguh aih. tumbuh la cepat-cepat skit gigi ooii. Hahaha.

hari niy puasa ke-10. Semalam pi terawih kat surau kat blok apartment aku niy ja. Kat sini banyak warga asing, especially dari Arab. Dia punya bacaan tu memang tip-top la. Macam kat Mekah dah aku rasa semalam. Hehehe. Tapi yang lemahnya aku niy, baru buat 8 rakaat kaki dah krem. Mungkin ada yang dah biasa 8 rakaat, 1 jam. Tapi aku baru semalam merasai nikmatnya. 
Tapi memang betul kata orang, Ramadhan adalah bulan yang dikurniakan Allah S.W.T untuk umatnya merasai kenikmatan yang tiada tandingan dengan bulan-bulan yang lain. Tenang-setenangnya aku rasakan selepas selesai tarawih. Setahun hanya sekali. Tahun depan belum tentu aku dapat lagi merasai ketenangan sebegini rupa.

Puasa ke-10, dengan harapan kesakitan gigi niy akan hilang untuk sementara waktu. Insyallah.

1 comment:

Anonymous said...

salam...
hye...
dont forget to follow me at muhammadjay.blogspot.com
k =)