Thursday, June 23, 2011

Cuti-cuti part 5 - Terengganu, negeri pesisir pantai.

Assalamualaikum..

Hari 4.. Perjalanan ke Pantai Timur bermula setelah 3 hari di selatan Semenanjung Malaysia.. 6 jam jugak la perjalan dari KL ke Kuala Terengganu.. Agak letih tapi letih terubat dengan excited dapat tengok tempat orang.. Highway Karak tu aku jarang lalu so bila kali ni ada peluang, untungla aku.. Paling jauh pun aku lalu kawasan tu setakat Bentong ja.. Tu pun sekali ja masa pi mandi kat air terjun Chamang.. 


Sebelum ni aku kalau dalam kereta aku tidoq ja tapi kali ni aku tak tidoq dan tak boleh tidoq.. Sebabnya aku nak tengok kawasan tu dan lagi satu sebab aku ni 2nd driver.. Huhu.. Sangat tidak best sebab bila drive kereta, aku tak boleh nak tengok pemandangan kat situ.. Rugi beb rugi.. Paling aku syok dalam perjalanan tu masa sampai kat Cherating.. Sumpah pantai cantik wei..!! Rasa macam nak suruh abah drop aku kat situ ja, biaq la depa pi Kuala Terengganu.. Aku duk situ sorang-sorang.. Huhu..


Jalan kat situ tak la elok sangat tapi ok la kalau tak drive laju-laju.. Rugi la drive laju-laju, tak boleh tengok pantai.. Hehe.. Sampai ja kat Kuala Terengganu, aku terus on "GPS" aku yang sangat membantu.. GPS aku tu duk kat Aloq Setaq tapi disebabkan dia duk lama kat Kuala Terengganu so senang utk aku la.. No telefon hotel aku tanya kat dia.. Tempat makan yang best aku tanya kat dia.. Even dobi kat mana pun aku tanya kat dia.. Hehe.. Nasib la Mira.. BTW, thanks to her sebab banyak membantu aku masa kat Kuala Terengganu..


Malam aku sampai, hujan sangatlah lebat sampai nak cari tempat makan pun susah.. Kuala Terengganu ni pekan tak la besaq sangat tapi semua keperluan boleh dapat kat situ.. Paling aku best dengan Kuala Terengganu sebab dekat dengan pantai.. Cehh..!! Pantai lagi.. Aiyyaa..

Pi Kuala Terengganu kalau tak borong keropok lekor, batik, dengan keropok ikan aku rasa better tak payah pi la sebabnya kat sana la tempat paling best untuk dapatkan benda-benda tu.. Batik canting @ lukis Terengganu paling cantik kalau nak dibandingkan dengan batik negeri-negeri lain dan kualiti memang superb.. Kalau 10 tahun lepas, barangan tembaga banyak jual kat Kuala Terengganu tapi sekarang ni dah hampir pupus sebab bengkel membuat tembaga tu dah takdak.. Kalau ada pun barangan tembaga tu, dari Thailand.. Kualitas sangat hancuss..!!

Masa aku pi Pasar Payang, aku dapat satu pengalaman yang sangat rare..!! Dapat tengok dan pakai kain sampin yang harganya mencecah RM5000 - RM7000.. Dan si pemakainya pula adalah PM kita, Datuk Seri Najib.. Kiranya aku dapat merasa la samping yang PM pakai untuk pi majlis-majlis rasmi beliau.. Cantiknya takyah cakap laa.. Aku sendiri kagum dan terbeliak bijik mata tengok..



Sebabnya, sehelai samping tu ambil masa 3-4 bulan untuk disiapkan.. Samping tenun sulam maknyanya samping tu bukan tenun sahaja dan bukan sulam sahaja.. Tuan punya kedai tempat aku pi tu cakap, orang yang buat tu akan sulam bunga sambil tenun kain.. Sebab tu la ambik masa yang sangat lama.. 



Kemudian perjalanan kami sekeluarga menuju ke Kota Bharu.. Negeri yang sangat unik bagi aku.. Nak tau apa jadi kat Kota Bharu?

Next entry please..

8 comments:

[z@ck] said...

kain sampin boleh buat duit down payment keta!

Hans Hanis said...

hahaha
kain samping tu dah buat hang kelihatan ayu dah
hahahahahaha

Review Filem Rasuk

monsterz said...

wahh enjoy ye..
bestnye pg terengganu..

monsterz said...

wahh enjoy ye..
bestnye pg terengganu..

Elie Lily said...

lama dah tka pergi t'ganu! last pergi waktu sekola rendah! hee

Unknown said...

zack- haaa tau xpa... tp cantik wei...

hans- hehe.. terima kasih kerana memuji... kahkahkah...

asmira- hehe.. mmg best... :)

elie- wahh dah lama sgt dah tu... :)

kakilepak said...

singgah klik2 iklan n baca entry...
kunjung2 n klik2 lah...
salam perkenalan.

Unknown said...

kakilepak- thanks bro... insyaALLAH akan menyusul kemudian... :)